Thursday, August 11, 2011

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Ribut luar biasa sambut Rosmah dan Najib ke PD ?

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Ribut luar biasa sambut Rosmah dan Najib ke PD ?: "Semalam majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) telah disempurnakan oleh..."

Monday, May 2, 2011

Kami Sekadar Membantu

"Kami sekadar membantu dan meringankan beban mereka,"begitulah kata-kata Sdr. Abd Wahab kepada Aku ketika menyumbang tong gas kepada Sdr.Ridwan Abdulah. Menurut Sdr. Effendi yang juga anggota Wargakilang,"Impian Sdr. Ridwan untuk mendapatkan sebuah dapur gas sudah tercapai."

Sdr.Ridwan sebelum ini bertugas sebagai pegawai keselamtan. Beliau telah terlibat dalam kemalangan. Jadi beliau tidak dapat bekerja secara aktif lagi. Kini beliau membantu isterinya membuat mini-murtabak.

Dengan adanya sumbangan dapur gas daripada Wargakilang, impiannya sudah tercapai.
(Gambar- Ridwan berbaju putih. Tinggal di daerah Selinsing)

Oleh Shakir Md Taha

Friday, April 8, 2011

Bersama NGO Wargakilang






































Gambar di atas adalah sumbangan NGO Wargakilang kepada sekolah pondok Teloi Tua yang diketuai oleh Ustaz Ismail Mahmud.

Wednesday, April 6, 2011

BINTANG USAHAWAN SOSIAL: Sepagi Di Ladang Sinar Utara Agrofarm,Jeneri,Sik,K...

BINTANG USAHAWAN SOSIAL: Sepagi Di Ladang Sinar Utara Agrofarm,Jeneri,Sik,K...: " Ladang ini bernama Sinar Utara Agrofarm.Ia adalah perniagaan keluarga. Dibangunkan oleh 4 orang anak muda.Azhan(gambar dikanan),Zaim,K..."

Thursday, March 31, 2011

RESTORAN P.RAMLEE

Di setiap sudut dan dinding ada gambat P. Ramlee
Gambar dilaminet untuk menjaga ketahanan dan tidak dicemari sebarang kekotoran





























Identitinya- Restoran P. Ramlee

Seni kata disimpan oleh Mus


Sdr. Mustafa Kamal lebih dikenali dengan panggil 'Mus'

Monday, March 21, 2011

KedahLanie.info: 1Malaysia dah Gila Cerita Pasai "KONGKEK" dari bud...

KedahLanie.info: 1Malaysia dah Gila Cerita Pasai "KONGKEK" dari bud...: "Video Lucah dan Kelab Anti Demokrasi Malaysia PAGI ini saya baru melancarkan kelab anti politik demokrasi Malaysia di Facebooks. Tujuanny..."

Saturday, March 19, 2011

.: Gambar atas guru-guru dan kakitangan dan gambardi ...

.: Gambar atas guru-guru dan kakitangan dan gambardi ...: "Gambar atas guru-guru dan kakitangan dan gambardi bawah semasa perhimpunan pelajar Ma'had EhyaElsunnah Al-Muhammadiah Sadao pada 14 Mac 2011..."

Thursday, March 17, 2011

MASIH ADA ESOK DI YALA

Bersama Ustaz Kamaruddin di hadapan Masjid Yala
Kelihatan 2 buah ambulans milik masjid

Perjalanan keYala tidaklah payah. Jalan rayanya cantik.Kiri kanan jalan raya tumbuhan hijau hidup segar menghijau.Sejuk mata memandang.Bukit-bukautersergam indah menguasai bumi Yala.Subbanallah. Aku cukup beruntung mempunyai rakan seperti Ustaz Kamaruddin yang cukup arif urat bumi Pattani. Inilah kali pertama Aku menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini.Bumi yang banyak melahirkan dan menyimpan para alim yang syahid. Negeri Sheikh Daud Pattani.
Ada waktunya ketenangan dan kedamaian bumi Pattani berkocak,bergolak dan berdarah! Mangsanya umat Islam yang tidak berdosa. Biarpun begitu hidup perlu diteruskan walaupun ada sedikit keresahan dan ketakutan. Umat Islam Pattani lebih banyak mandiri. Mereka membangunkan madrasah,pasentren, masjid stesen radio dan menyediakan ambulans sendiri. Semua nya untuk ummah. Stesen radio berlesen ini boleh menjangkau sejauh 15 killometer dan ada waktunya sejauh 30 kilometer. Seorang DJ sepenuh masa bertugas di sini Selebihnya diambil alih oleh sukarelawan bila tiba waktunya. Stesen radio menggunakan bahasa daerah Kelantan.
Masjid Yala ini ada dua tingkat. Di hadapan masjid ada dua buah ambulans. Ia sentiasa siap sedia. Siang dan malam sedia menanti tanpa soal. Matlamatnya berbakti dan berkhidmat. Dan mentari tetap bersinar di Yala. Cahaya bulan tidak dikuburan.

Daerah Yang Penuh Luka

Anda mungkin tidak percaya bila melihat gambar di sebelah kanan ini. Ini wajah abad ke 21. Lingkaran kemiskinan masih bermaharajala.

Wargakilang turut merasakan kepedihan insan ini. Membantu sekadar yang mampu. Sedih,dukacita bercampur gembira menerima kedatangan kami. Kami menghulur bantuan mengikut kemampuan. Kami adalah NGO Wargakilang yang turut merasakan kepedihan dan luka rakyat.

Oleh Shakir Md Taha

Tuesday, March 15, 2011

Raudah Di Selatan Thai

Anak kecil ini menghayunkan langkah dengan berpakaian yang cukup segak,manis dan sopan. Di sini mereka belajar Bahasa Thai,Inggeris,Arab dan Bahasa Melayu di Raudhah(Tadika).Murid yang berumur seusia 2 tahun diterima masuk. Kemudian mereka menyambungkan pelajaran ke darjah ke darjah satu di sekolah yang sama apabila usia mencecah 6tahun

Di sekolah ini namanya Ma'had Ehya' As-Sunnah,Sadao Songkhala,Selatan Thai. Di sinilah mereka dididik supaya mengenal budaya bangsa dari kecil hingga dewasa. Di sini bahasa bangsa dihidupkan. Kata pujangga bahasa itu menunjukkan bangsa. Lenyap bahasa lenyaplah bangsa.

Kata pantun Melayu:-
Tingkap papan kayu bersegi.
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Wednesday, March 9, 2011

Nanaman Osman- Peminat No. 1 P.Ramlee

Nanaman Osman menunjukkan koleksi gambar Allahyarham P.Ramlee
Nanaman mempunyai lebih daripada 100 buah koleksi tentang Seniman Agung
Guntingan akhbar yang diusahakan oleh Nanaman Osman

Nanaman Osman peminat nombor satu Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee tidak pernah lepas daripada ingatan. Siang dan malam P.Ramlee tidak lupus dari ingatannya. Tetap menjadi ingatan walaupun orang lain sudah melupai P.Ramlee. P. Ramlee tetap menjadi pujaannya siang dan malam walaupun P.Ramlee sudah tiada di dunia. Tapi bagi Nanaman P. Ramlee tetap hidup segar dalam ingatannya. Tidak pernah mati. Yang mati hanyalah jasadnya. Bagi Nanaman Osman hanya ada satu sahaja P. Ramlee di dunia ini. Kata pujangga Melayu,patah tumbuh hilang berganti. Tapi bagi Nanaman Osman patah tumbuh itu tidak sama. Yang hilang berganti tetap tidak sama.

Semua tulisan tentang P. Ramlee , Nanaman dapatkan daripada pelbagai sumber. Kenaykan sumbernya daripada surat khabar. Walaupun Nanaman jarang membaca akhbar tapi pihak pengedar surat khabar atau majalah pasti akan menyimpannya untuk Nanaman Osman. Nanaman pasti membeli surat khabar atau majalah yang memuatkan cerita tentang seniman pujaannya. Tidak ada siapa yang menyuruh atau menggalakan Nanaman Osman berbuat demikian. Beliau berbuat kerana sayang dan kasihnya kepada Seniman Agung P. Ramlee.

Beliau membuat kerja koleksi ini dengan mengeluarkan wang dari sakunya sendiri. Tidak ada siapa-siapa yang memberikan sumbangan dana kepadanya. Semuanya atas minatnya dan kasih yang mendalam terhadap P. Ramlee. Beliau sanggup melakukan ini semua. Itulah dia MOHD KHIR BIN ABDUL HAMID atau lebih dikenali dengan nama glamornya NANAMAN OSMAN

OLEH SHAKIR TAHA

Tun Razak BUKAN Pengasas Felda

Tun Razak BUKAN Pengasas Felda

Walau Digantung Semangat Waja Anwar Tetap Membara Di Parlimen

Walau Digantung Semangat Waja Anwar Tetap Membara Di Parlimen

Thursday, March 3, 2011

Sepasang Merpati Sejoli

Masa remaja hidup penuh pancaroba. Aku membuka lembaran lama Maktab Gaya Kota Kinabalu. Nama yang tidak lupus dari ingatanku. Nama yang amat keramat ini tersemat didada hingga kiamat.

Demikian juga dengan merpati sejoli yang masih Aku ingat namanya. Ingat wajahnya. Masa berlalu.Esok menanti. Khabarnya masih hidup di alam buana ini. Tapi yang Aku tidak tahu adakah mereka ini hidup bahagia. Adakah mereka beranak dan bahagia. Sehingga kini Aku hanya menemui seorang saja. Itupun dipinggiran waktu. Seorang lagi dari pasangan ini tidak Aku temui. Aku pernah sekali berbicara dengan dia tetapi dia tidak mengenali Aku. Aku tidak menyalahkan dia kerana tidak ingat atau mengenali Aku. Masa 30 tahun telah memisahkan kami. Masa terlalu dan esok menanti?

Tapi Aku masih ingat kisahnya 'dijerkah' oleh anjing yang berkeliaran di maktab. Dia menangis dan meracau. Pujuk oleh sang 'kekasih'' Tidak menjadi . Pujuk rayu tidak menjadi. Terus menangis lagi macam anak kecil. Malam. Malam sudah merangkak tua. Matanya masih menyala. Menangis lagi Si Manjnun ini. Menangis macam anak kecil kelaparan susu. Tapi sang 'kekasih' tetap setia menanti ditengah malam yang meningkat tua. Aku hanya melihat dari jauh drama sebabak ini kerana suara tangisan ini telah memecah kesunyian malam. Ketenangan malam telah dikocak. Tidur tadi yang dibuai mimpi indah terganggu dan terputus.. Apapun biarlah ku tiduri malam ini kerana mata sudah dikucup ngantuk. Besok ada kuliah.

Khabarnya lelaki itu lari luar dari bilik. Dia berlari kencang. Seperti kuda ditempat lumba kuda. tempat lumba kuda di Tanjung Aru. Tapi Aku hanya mengekori dengan mata sahaja. Aku fikir biarlah dia berlari. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Tiba-tiba dia disergah oleh sekor anjing yang bermalam ditepi dewan. Lalu berlari lintang pukanglah Si Romeo ini dengan penuh ketakutan. Hilang lenyaplah semangat kejantanannya pada malam itu! Maka tertawalah segala pohon kayu yang ada di situ. Kucingpun terbatuk. Dan pohon bamboo kuning itu menyaksikan segala aksi tari malam itu. Pohon bamboo kuning itu sebagai saksi dan sebagai penyimpan segala rahsia dan gerak tari makhluk yang bernama guru pelatih.

Monday, February 28, 2011

Kursus Membuat kuih Talam

Tidak kira Anda tua ataupun muda. Usia tidak menjadi masalah. Pokoknya anda berminat. Semuanya boleh dibuat,InsyaLlah. Oleh kerana sebuah badan NGO yang bernama Wargakilang di bawah 'anak syarikatnya' yang bernama Wargakilang Training Centre telah membawa 'Chef' Habibah untuk memberi kursus cara membuat kuih talam secara 'commercial'.

Kursus yang berlangsung selama sehari itu diadkan di Bilik Latihan KBioCorp,Kulim Hitech Park. Sebanyak lapan jenis resipi telah diajar, Semua peserta terlibat dalam praktikum.
Menurut Encik A.Wahab yang menjadi penganjur kursus ini tujuan utama kursus ini diadakan ialah bagi meningkatkan tahap profesional peserta.

Menurut seorang peserta yang enggan disebut namanya berkata,"Saya cukup berpuashati dengan kursus ini.Saya berharap Warga Training Centre sudi memaklumkan kepada jika ada kursus baru".

Seramai 20 orang peserta lelaki dan wanita hadir. Sedikit bayaran dikenakan untuk kursus ini. Peserta yang pernah mengikuti kursus dibawah anjuran WKTC diberi potongan 10 peratus.

Pemergian Erbakan kehilangan besar buat ummah

Pemergian Erbakan kehilangan besar buat ummah

Husam Musa: Tun M khianati Melayu

Husam Musa: Tun M khianati Melayu

Sunday, February 27, 2011

Singgah Sebentar di Tenom

Perjalanan ke Sabah Aku kira tidak akan lengkap tanpa ke Tenom. Tenom terletak di daerah pedalaman yang 30tahun yang kaya dengan kesunyian malam. Aku tinggal di Tenom dari tahun 1981-sehingga Disember 1985. Mengajar selama 5 tahun di sini cukup indah. Banyak kenangan manis yang sukar dilupakan. Nama-nama seperti Puan Chiam,Pengetua Aku yang cukup baik itu,Ustaz Awang,Cikgu Zulikifli, Cikgu Yusuf Maulud( sekarang di Putra Jaya,Kuala Lumpur) Cikgu Idrus Othman(sekarang Pengetua di Pahang).

Ramai setelah pulang ke Semenanjung melanjutkan pelajaran ke universiti. Ada yang ke PPD,ada yang menjadi pengetua, ada yang bertugas di jabatan pelajaran negeri setelah beberapa tahun keluar dari universiti. Dan tidak kurang pula yang meletakan jawatan kerana mahu terlibat dalam perniagaan sepenuh masa.

Tidak kurang pula yang tergoda dengan di sini gadis(sumandak) lalu berkahwin,beranak dan bahagia. Terus menetap di sini,,,,,,,

Wednesday, February 23, 2011

BERITA TERKINI



CNN: Menteri Dalam Negeri Libya yang meletak jawatan berkata Gadaffi akan membunuh diri ataupun dibunuh.

Tuesday, February 22, 2011

FATWA BUNUH GADAFFI


Seorang ulama terkenal yang berasal dari Mesir telah memberi fatwa Muammar Gadaffi boleh dibunuh. Beliau berkata demikian dalam satu siaran Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar.

Syeikh Yusof Al Qadhawi telah dilarang memasuki Mesir selama 3 dekad. Kini telah diizinkan kembali ke Mesir.

Tindakan keras Gadaffi dengan menembak para penunjuk perasaan sehingga menyebabkan beratus kematian.

"Barangsiapa di bahagian tentera boleh menembak Gaddafi maka ia harus melakukannya,"kata Syeikh yang terkenal itu melalui siaran Al-Jazeera.
Gaddafi telah memerintah Libya selama empat dekad. Tindakannya mengerahkan jet pejuang
menembak para penunjuk perasaan dalam usaha memadam kebangkitan rakyat telah menimbulkan kemarahan dunia.

Setakat ini 400 orang telah menjadi korban keganasan Gaddafi sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia.

Monday, February 21, 2011

Pondok Ustaz Abu Bakar,Teloi Tua,Sik Kedah


Letaknya dikawasan pedalaman. Kelillingnya ada hutan getah,kelapa sawit dan bukit. Tanahnya subur.

Pelajar yang datang ke sini mempunyai latarbelakang yang pelbagai. Mereka tinggal dipondok. Ada pondok baru dan lama. Pondok baru mempunyai bekalan eletrik dan air bersih. Makan mereka disediakan oleh pihak pengurusan sekolah bayaran RM150.00. Ada juga pelajar senior yang memasak sendiri. Tapi bilangannya tidak ramai. Yuran persekolahan hanya RM20.00 sebulan.

Silibusnya berdasarkan sistem pondok tradisional. Pelajar yang berminat mengambil SPM boleh berbuat demikian tapi sebagai calon persenirian. Pelajar belajar sampai tahap 4 Thanawi.
Mudirnya Ustaz Ismail Mahmud yang juga menantu kepada Allahyarham Ustaz Abu Bakar sangat menekankan penguasai Bahasa Arab dan penguasai tulisan jawi.

Menurut Ustaz Ismail setakat ini pihaknya hanya menerima bantuan daripada orang ramai. Merekalah yang banyak membantu menceriakan sekolah pondok. Beliau sangat-sangat mengalu-alukan sebarang bantuan daripada orang ramai untuk menambahbaik lagi perkembangan pondok pusaka ini.

Makan Tengahari Di Pondok

Beras dimasak menjadi nasi.
Dimasak dengan menggunakan bawah besi.
Kayu api sebagai menjadi gas.
Bukan tidak ada gas.
Sengaja menggunakan kayu api.
Rasanya segap sekali.
Hebat sekali.
Sekali rasa,hendak rasa lagi.
Hidangan panas-panas.
Kami makan 'nasi belasyan',Aku pinjaman istilah Ir.Abd Wahab.
Hari itu Encik Abd. Wahab sebagai ketua 'gerau'
Sedap tidak terkata.
Ditambah dengan kari daging batang pisang.
Cukup menyelerakan.
Sehingga mengilat jari.

Suatu Hari Di Pondok Ustaz Bakar,Bandar Hilir,Sik,Kedah

Hari ini Ir.Abd.Wahab sebagai tukang masak nasi 'belasyan'

Ustaz Ismail Mahmud menerima sumbangan
Bergotong royong. Biar seri wajahnya

Sunday, February 20, 2011

Bergotong Royong

WargaKilang mengambil inisiatif melakukan aktiviti bergotong royong di sekolah pondok Bandar Hilir,Sik,Kedah.WargaKilang turut dibantu oleh mahasiswa Universiti Utara Malayisa,PEMBELA dari Sungai Petani dibawah pimpinan Sdr.Shukri Khamis dan Nusantara Bikers. Program sehari ini cukup meriah sekali. Sarapan pagi disediakan.Ada kuih. Malahan bermacam kuih muih disediakan. Nasi lemak ada.Teh tarek ada. Minuman rozel sejuk disediakan buat penghilang dahaga. Makan tengahari disediakan WargaKilang yang diketuai oleh Ir.Encik Abd. Wahab. Solat berjamaah bersama pemimpin sekolah pondok. Semuanya seperti aur dengan tebing.

SURAU BARU


Inilah surau baru yang digunakan oleh pelajar-pelajar pondok dan masyarakat di sekelilingnya. Menurut Ustaz Alias salah seorang tenaga pengajar di sini, surau ini disumbangkan dan dibina oleh seorang kontraktor Muslim tanpa meminta sesenpun daripada pihak pentadbiran sekolah. Surau ini mampu menampung 300 pelajar. Dan surau ini nantinya dikhaskan untuk pelajar lelaki apabila siap surau perempuan.

Surau ini disiapkan dalam masa 72 hari sahaja oleh kontraktor berkenaan.

ANDA MASIH PUNYA HATI






















Aku menerima email dari seorang pembaca blog ini. Dia cukup sedih dan terharu melihat keadaan fisikal sekolah ini. Katanya dia tinggal di Kuala Lumpur. Dia ingin benar membantu sekolah,lalu meminta no.akaun sekolah. Aku berjanji untuk mendapat no.akaun sekolah pondok.

Bila aku menghubungi Ustaz Ismail Mahmud ternyata beliau tidak keberatan untuk memberikan no.akaun sekolah. Aku tidak tahu berapa sumbangan pembaca itu. Tidak kiralah beberapa. Yang pentingnya ada sumbangan. Kata pepatah Melayu sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Dahulu Ustaz Ismail kerap turun berceramah di Kuala Lumpur. Tapi katanya bila bangunan sekolah sudah siap beliau tidak lagi turun berceramah, Berceramah memerlukan masa,tenaga dan wang ringgit. Pondok memerlukan tenaga dan kepakarannya untuk mendidik. Di sini beliau sebagai Mudir.

Pondok Bandar Hilir Sik ini diasaskan dan ditubuhkan oleh Allahyarhan Ustaz Abu Bakar yang juga bapa mertuanya. Sekolah ini mempunyai 210 orang pelajar lelaki dan perempuan. Sehingga kini sekolah didatangi oleh 50 orang pelajar perempuan dan 160 orang pelajar lelaki. Menurut Ismail pondok ini sangat menekan menguasai Bahasa Arab dan tulisan jawi. Pelajaran yang disedia sehinggalah 4 Thanawi.

Lepasan pondok Bandar Hilir bila pulang ke kampung mereka mampu menjadi imam solat di mesjid ataupun surau. Kemampuan anak didiknya tidak pernah dipertikaiakan. Malah menurut Ustaz Ismail beliau tidak mampu menampung permintaan masyarakat untuk menyediakan imam-imam.

Saturday, February 19, 2011

SEHARI SELEMBAR BENANG DI PONDOK BANDAR HILIR,SIK,KEDAH










Hari ini kita berkumpul di Sekolah Pondok Bandar Hilir Sik Kedah
Kita berkumpul dengan nawaitu yang sama.
Kerana mu Ya Allah.
Dengan tulang empat kerat kami bangunkan kalimah Mu
Di rumah ini lah zikir dialun siang dan malam.
Selagi ada bulan dan mentari.
Biar namaMu sebut siang dan malam.

Dengan rangkuman titik peluh dan kudrat yang ada.
Bergotong royong sehari di sini.
Bersama WargaKilang.
Bersama pelajar Universiti Utara Malaysia.
Bersama PEMBELA.
Bersama Nusantara Bikers.
Mereka tidak mengharapkan apa-apa dari makhluk.
Mereka datang mengharap rahmatMu.
Itu sahaja yang mereka harap dan pinta.
Mereka adalah kumpul anak muda yang sedar tentang derita umat dan luka umat.

Walaupun ada makhluk mengintai dibalik tirai besi.
Mereka tetap istiqamah dengan kerja mereka.
Mereka itu pula dengan kerja yang sia-sia.
Anak muda tidak pernah kenal takut.
Anak muda membawa perubahan.
Dengan tenang sabar kerja dijalankan.
Biarpun sehari selembar benang.
Tiba waktunya akan menjadi kain jua.

Kain dipakai buat solat.
Kain dipakai buat mandi.
Kain dipakai apabila pulang mengadap Ilahi.
Kerana kain adalah kita.
Kerana kain adalah maruah diri.

Biarpun waktu lahirnya kita tidak berkain.


Wassalam

shakirtaha@gmail.com













































Tuesday, February 15, 2011

BEGINILAH YANG ADA-ASRAMA LELAKI SEKOLAH PONDOK TELOI TUA

Aku berkesempatan mengikut program Encik Abdul Wahab ke sekolah pondok Teloi Tua. Nama ini cukup asing bagi Aku. Rasanya inilah kali pertama Aku mendengar nama ini. Encik Abd Wahab seorang Ir. secara profesionnya di sebuah kilang di Pulau Pinang.Aku pernah berguru dengannya dalam bidang masakan dan memproses bahan dari kacang soya. Jadi secara tak langsung dia adalah guru Aku. Dia menjadi ahli NGO. Mereka menamakan pertubuhan ini WARGAKILANG.Ia adalah pertubuhan berdaftar dengan ROS. Dia menceritakan serba sedikit mengenai aktiviti WARGAKILANG. Aku kira aktiviti sebegini cukup baik dan indah sekali. Selalunya aktiviti seperti ini banyak dijalankan pihak misionari Kristian
Seperti kebanyakan sekolah pondok keadaannya menyedihkan sekali. Keadaan fizikalnya cukup menyesakkan dada.Ia hidup dengan penuh keterbatasan. Ada waktunya keadaannya cukup parah sekali. Anda lihatlah sendiri keadaan asrama yang ada. Tanpa katil,tanpa tilam,tanpa kipas buat penyejuk badan ketika bahang mentari mengamuk rasa. Pun begitu dengan berkat doa, anak-anak di sini bisa melelapkan mata. Dan malamnya jauh sekali tidur berpelukkan penghawa dingin. Malamnya bertemankan Sang Nyamuk.

Sekolah pondok digerakan oleh jiwa yang sedar dengan serba keterbatasan. Pun begitu pengasasnya Ustaz Abu Bakar dan pewaris perjuangannya,Ustaz Ismail Mahmud terus membangunkan sebuah harapan. Harapan bagi membentuk generasi penerus yang berpaksikan Islam.

Saya cukup kagum dan bangga dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukan oleh Ustaz Ismail dan rakan-rakannya dalam usaha mentarbiyyah anak didik tanpa mengharapan imbuhan yang tinggi. Mereka bekerja dalam diam di kesunyian hutan getah.

Mereka bekerja tanpa mendabik dada.
Mereka bekerja jauh dari kebisingan kota.
Mereka bekerja jauh dari hiruk piruk slogan-slogan.

Mereka adalah orang yang hebat bekerja dalam kesunyian.
Di sini tenang dan damai. Udaranya nyaman.
Jauh dari kebisingan hiruk piruk kota.
Jauh dari penghargaan.
Mereka berbuat sesuatu atas rasa tanggungjawab.
Dan mereka adalah pahlawan sejati.

Monday, February 14, 2011

SEKOLAH PONDOK DI PEDALAMAN




































Sekolah inilah yang melahirkan ulama'. Namanya sekolah pondok. Biarpun hidup dengan penuh kedhaifan ia merupakan benteng pertahanan umat. Ianya merupakan urat nadi umat Islam dari dahulu sampai sekarang. Jasanya tidak boleh dipertikaikan. Sekolah pondok ini dikendalikan oleh pahlawan sunyi. Hidup mereka ada waktunya ibarat kandil membakar diri menerangi orang lain.

Sekolah pondok ini hidup dengan tenaga pahlawan sunyi dengan bantuan umat Islam yang peka tentang kedhaifannya.

Lihatlah bangunannya. Sedih tanpa warna segar. Luntur lusuh. Pun begitu ada tangan-tangan yang sudi menjamahnya. Biar seri wajahnya. Manis dipandang jauh dan dekat.
Secara fisikalnya bangunan sekolah cukup menyesakkan dada. Pondok(asrama) hanya berdindingkan papan,yang sebahagiannya berlobang-lobang. Bumbungnya dari zink yang sudah tua. Asrama lelaki yang baru dibina serba kekurangan. Tidak ada katil.Mereka hanya tidur di atas tilam dan toto sahaja. Pintu bilik darjah yang dibuat daripada kayu sudah berlubang-lubang di sana sini.Semuanya memerlukan dana yang cukup tinggi.

Sekolah pondok hanyalah sebuah simbol. Simbol perlawanan terhadap 'nasib' yang luka. Simbol penentangan terhadap keterbatasan. Ketika ramai orang menyerah kepada keadaan dan dalam keadaan yang serba terbatas, tampil sebuah badan NGO yang bernama WARGAKILANG bangkit melawan arus keterbatasan ini

Mereka meinfakan sumber pendapatan mereka untuk melawan arus ini. Mereka adalah para ghuraba yang menyahut suara dari Hijaz!

Email: shakirtaha@gmail.com