Wednesday, December 3, 2008

Berbohong

Trend berbohong nampaknya memakin menjadi-jadi.Anda tentu ingat sewaktu Dato Sri Anwar dipukul. Matanya lebam.Che Det kata mungkin Anwar yang pukul dirinya sendiri.Dan ada yang percaya dengan ucapan Che Det yang pada waktu itu the most powerful Prime Minister. Ngok betul golongan ini. Tetapi ini bukan kah kenyataan yang keluar daripada mulut seorang Perdana Menteri. Dia seorang doktor pula! Mana mungkin dia berbohong. Betul Anwar pukul dirinya sendiri! Sedikit sebanyak ada yang termakan dengan kata-kata Che Det itu.

Bila Pak Lah menjadi Perdana Menteri dia juga berbohong.Anda masih ingat? Jangan mudah lupa. Ya, tentang pilihanraya. Tidak ada pilihanraya.Ini semua cakap hantu raya. Ini semua kerja auta.Besoknya semua orang tahu. Sudah dicatatkan dalam sejarah Malaysia.Tak percaya tanyalah Prof Khoo Kay Kim. Jangan tanya Pak Yeit.Jangan tanya Mat Rempit. Mereka ini tak ambil kisah.Tak ambil pusing.
Dalam politik Machiavelli semua boleh. Tujuan menghalalkan cara. Anda jangan perhitungan soal halal haram,soal etika dan sebagainya. Itu semua letak ditepi.Apa yang penting tujuan mesti tercapai.
Dalam zaman Hitler dahulu ada seorang tokoh yang cukup hebat. Kehebatannya dalam soal berbohong. Ramai yang mengatakan Goebbels adalah pewaris Machiavelli. Dalam arena politik semasa ramai tokoh politik dan tidak kurang tokoh agama yang mempusakai tradisi Goebells:
"Kuasailah massa dengan menciptakan kebohongan!" Kata seorang penulis politik namanya Stone, "Every government is run by liars." Politik menjadi pentas lakonan dan ahli politik menjadi pelakon.
Skrip yang ditulis mesti bagus. Para pelakon mesti serious di atas pentas.Semuanya sudah diatur dengan cukup baik.Siapa saja yang bermain politik harus mengikut rentak pentas dan skrip yang ditulis. Selagi lakonan itu menarik orang akan senyum puas dan terpaku dari awal hingga akhir.
Tapi kalau para pelakonnya sudah menyimpang daripada naskah asalnya, itu tidak menjadi masalah. Mungkin tontotannya menjadi semakin panas dan menarik.
Kita sudah banyak bercakap soal bohong. Tapi bagaimana dengan definisinya. Menurut Sissela Bok, dalam Lying: Moral Choice in Public and Private Life. mengatakan bohong itu sebagai "mengkomunikasikan pesan yang dimaksudkan untuk menyesatkan orang lain,untuk membuat orang lain itu percaya apa yang kita sendiri tidak percaya." Tentunya kebohongan bukan sekadar salah maklumat tetapi sengaja direka untuk mengelirukan,menyesatkan atau membuat orang menjadi bingung.
Soalnya kenapa orang harus dan mesti berbohong. Jawapan yang ditemui dalam kitab akhlak berpunca daripada 3K.
1.Kebiasaan
2.Kerakusan
3.Kedengkian
Dari segi akhlak dan moral tidak ada kewajaran untuk berbohong semata-mata untuk menguasai orang secara paksa.
Oleh Shakir Md Taha