Friday, June 8, 2012


Pak Lah enggan pertahan Kepala Batas dan UMNO mula berbalah.. baguslah..


Paklah diberitakan telah menolak pelawaan Najib supaya mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas sekali lagi..

Seorang pemimpin UMNO pernah menyatakan kepada aku bahawa Pak Lah itu penting buat UMNO Kepala Batas kerana ramai yang menganggap beliau sebagai bapa.

Seperti kita juga masa kecik-kecik dulu.. kalau bapa ada dalam rumah mana nak berani bergaduh sesama adik beradik..

Pak Lah perlu bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas bagi mengelakkan perpecahan kerana berebut untuk menjadi calon sesama pemimpin UMNO..

Meskipun dulu beliau sering dilihat lena dalam banyak majlis, kelibatnya dalam UMNO Kepala Batas mampu mengelakkan perang dalam UMNO Kepala Batas.

Benar rupanya kata-kata pemimpin UMNO itu... tanpa Pak Lah UMNO Kepala Batas mula berbalah.... baguslah..

Kalau korang baca betul-betul laporan ni.. korang akan nampak bahawa sememangnya kehadiran Mamak dalam UMNO mula tidak disenangi..

Sedikit terjemahan...

Diberitakan, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menolak mentah-mentah tawaran Datuk Seri Najib Razak, untuk mempertahankan kerusi itu.

Langkah yang diambil oleh Najib Razak dilihat sebagai percaturan maukan calon yang dilihat calon "winnable" supaya berjaya memperolehi majoriti 2/3.

Tindakan Pak Lah menolak pelawaan Najib sebagai satu tamparan maut kepada Najib atau dilihat sebagai jalan membalkas dendam kerana merampas kedudukkannya sebagai PM.

Difahamkan bahawa Ketua Pemuda Umno Kepala Batas yang juga anak emas serta bekas Setiausaha Politik Pak Lah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Ibrahim Saad , bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugur, mantan Setiausaha Politik DSAI.

Diantara kedua mereka, Bahgian UMNO Kepala Batas dan Najib sendiri lebih cenderung menyokong dan memberi laluan kepda Ibrahim Saad dari Reezal Merican.

Reezal Merican dilihat tidak mempunyai imej Melayu berbanding dengan Ibrahim Saad, walaupun beliau lebih disenangi oleh Pak Lah.

Mau tak mau kena terima hakikat yang majoriti anak-anak Melayu Pulau Pinang agak tidak selesa dengan kebanjiran anak-anak berketurunan mamak dalam UMNO..Keterunan ini agak dominan kini.. Dilihat sebagai mengawal perjalanan UMNO...

Ini ditambah burukkan dengan kawasan parlimen bersebelahan yang juga seoran anak mamak, TS Mohd Noor Yackop.