Monday, February 14, 2011

SEKOLAH PONDOK DI PEDALAMAN




































Sekolah inilah yang melahirkan ulama'. Namanya sekolah pondok. Biarpun hidup dengan penuh kedhaifan ia merupakan benteng pertahanan umat. Ianya merupakan urat nadi umat Islam dari dahulu sampai sekarang. Jasanya tidak boleh dipertikaikan. Sekolah pondok ini dikendalikan oleh pahlawan sunyi. Hidup mereka ada waktunya ibarat kandil membakar diri menerangi orang lain.

Sekolah pondok ini hidup dengan tenaga pahlawan sunyi dengan bantuan umat Islam yang peka tentang kedhaifannya.

Lihatlah bangunannya. Sedih tanpa warna segar. Luntur lusuh. Pun begitu ada tangan-tangan yang sudi menjamahnya. Biar seri wajahnya. Manis dipandang jauh dan dekat.
Secara fisikalnya bangunan sekolah cukup menyesakkan dada. Pondok(asrama) hanya berdindingkan papan,yang sebahagiannya berlobang-lobang. Bumbungnya dari zink yang sudah tua. Asrama lelaki yang baru dibina serba kekurangan. Tidak ada katil.Mereka hanya tidur di atas tilam dan toto sahaja. Pintu bilik darjah yang dibuat daripada kayu sudah berlubang-lubang di sana sini.Semuanya memerlukan dana yang cukup tinggi.

Sekolah pondok hanyalah sebuah simbol. Simbol perlawanan terhadap 'nasib' yang luka. Simbol penentangan terhadap keterbatasan. Ketika ramai orang menyerah kepada keadaan dan dalam keadaan yang serba terbatas, tampil sebuah badan NGO yang bernama WARGAKILANG bangkit melawan arus keterbatasan ini

Mereka meinfakan sumber pendapatan mereka untuk melawan arus ini. Mereka adalah para ghuraba yang menyahut suara dari Hijaz!

Email: shakirtaha@gmail.com

No comments: