Sunday, November 30, 2008

Sepetang Bersama CEO PRM GLOBAL VISION SDN.BHD.

Oleh Shakir Md Taha

Ahad,30 November,2008.Cuaca cantik.
Seminar diHotel Sri Malaysia.
Bilik seminar yang boleh menampung kira-kira 100 orang penuh petang itu.

Dalam surat undangan majlis bermula pukul 2.00 petang.
Dewan belum penuh.
Penceramah pertama sudah tiba.
Berkopiah putih.
Berkot hitam
Janggut lebat panjang hitam.
Tapi dia bukanlah CEO yang dinantikan.
Ceramahnya mulanya agak serious tapi menarik.
Tapi dipenghujungnya disulam dengan lawak jenaka.

Jam tangan di belum letih lagi
CEO belum tiba lagi.
Sudah jam 4.00 petang.

Juruacara majlis,
"Dato dalam perjalanan."
Hadirin lega.
Walaupun yang ditunggu belum tiba.

4.10 petang CEO yang dinantikan tiba.
Beliau memberikan ucapan dengan didahului ayat-ayat suci Al-Quran
Tokoh yang sebelumnya sewaktu berucap menggunakan komputer sebagai alat bantu.
Tapi beliau lebih selesa menggunakan guntingan surat khabar lama sebagai bahan sokongan
sewaktu berpidato.

Bagi Dato'Hashim siapa sahaja jika diberi peluang boleh berjaya.
Ini keyakinan yang beliau pegang sungguh-sungguh.
Keyakinan inilah yang beliau pegang sedari dulu hingga kini.

Bicara Dato'Hashim tentang lebah cukup menarik
1.Lebah tidak akan bertuankan bangsa lain.
2.Lebah makhluk Tuhan yang cukup berani.
3.Lebah makhluk yang cukup tekun.
4.Lebah disebut didalam Al -Quran

Oleh Shakir Md Taha

Thursday, November 27, 2008

Hang Jebat

Ada cadangan
Ada seruan
Contohilah Hang Jebat
Untuk apa?
Jadi berani bersuara!

Aku fikir kajilah dahulu siapa dia Hang Jebat
Baca 10kali buku Hikayat Hang Tuah.

Hang Jebat membunuh orang yang tidak berdosa.
Hang Jebat tidak berani menegur Hang Tuah. Hang Tuah melarikan tunang orang.HangJebat diam.

Hang Jebat berzina. Hang Jebat membunuh.Berani Jebat tidak bertempat.
Hang Jebat berjuang untuk suku sakatnya sahaja.

Banyak lagi contoh yang boleh diikut.
Kita ada Salman Al-Farisi
Buka lembaran sejarah Islam penuh dengan contoh-contoh yang hebat.
Kenapa teruk sangat! Pilih Hang Jebat buat apa!
Ini kerja orang ngok!

Kata Orang Besar

Oleh SHAKIR MD TAHA

Hari ini anda menang dalam bicara
Berkat daulat peguam bijaksini berbicara
Besoknya anda bebas berbicara
Seperti seorang hakim dimuka pengadilan

Ini namanya demokrasi
Apa saja anda boleh saksi
Pakaian wanita ghairah penuh seksi
Dibilangnya
Itulah demokrasi!
Emansipasi!
Lantas itu hingga tidak ada apa-apa.

Dan kata pujangga lama
Siakap senohong,
Gelama ikan ikan duri,
Bercakap bohong
lama-lamajadi pencuri.

Tapi kata guruku yang juga pujangga baru
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong
Boleh jadi Menteri.

Kerana itu lebih baik jadi menteri
Jadi menteri semua besar
Rumah besar
Kereta besar
Gaji besar
Selalu jumpa orang besar

Tapi jadi menteri ini selalunya tersasar
Tapi dibetulkan oleh sekatarinya itu bukan tersasar
Itulah yang sebenarnya walaupun tidak benar
Kerana orang besar semuanya benar

Yang tidak benar dan suka bikin onar
Sebenarnya orang kecil
Orang kecil tidak tahu apa-apa
Sekadar dengar-dengar saja.
Itulah kata orang besar!

Biscuits And Cookies



You need cookies and biscuits.
Looking for premium quality
Reasonable prices
We assured you the products are halal.
Manufacturer:-
Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn Bhd
The man from Muar,Johor Darul Takzim.
A few days ago I talked to Tuan Sanawi. A very friendly man.I was told that the products are mostly for export. I've tried most of his products.Mouth watering!

A Crying Letter

By Shakir Md Taha



Yesterday I was here
Today I'm still here

Yesterday I saw a white letter in the box
And its seem been here for a week
Nobody seem to care
Just stand and stare

Today I'm still here
Tomorrow I'll be here
Oh, the letter is still here
Nobody seem to care

So I took it
Put it quietly and carefuly on the table
Because the letter was sleeping and crying at the corner of the box
Since you missed her.

Wednesday, November 26, 2008

BICARA SEORANG GURU

Oleh Shakir Md Taha
Bicara mereka
Guru adalah segala-gala
Mengajar tulis baca

Bicara mereka
Guru adalah pembuka bicara hati dan mata
Mengangkat anak didik ke martabat alam peasada

Bicara mereka
Guru bukanlah Salman Al-Farisi
Biarpun ada waktunya seperti kandil membakar diri

Dan,
Masih adakah hati seorang Perdana Menteri yang berkuasa
Masih adakah hati seorang peguam yang menang bicara
Masih adakag hati seorang ulama yang berfatwa
Menziarahi guru di waktu usia senjanya
Menziarahi guru di waktu dukanya
Mendoakan gurunya di waktu senggangnya

Bicara mereka
Guru tidak pernah melahirkan Malim Kundang
Guru tidak pernah melahirkan Si Tanggang
Tidak juga Kitol
Tidak juga Mendeliar
Biarpun ada waktunya terlantar sengsara

Guru pahlawan bicara dan pena
Mendobrak pemikiran yang kacau lena
Guru penyambung nafas umat selamat.