Wednesday, March 3, 2010

Kekejaman Dan Kezaliman



Kadang-kadang Aku terfikir di dunia yang indah ini kenapa berlakunya kezaliman. Ada ilmuan yangnegatakan cara sebegitu simplistik: kezalima memang menjadi watak manusia. Manusia sudah diprogramkan untuk memfitnah,menyiksa,merampas,mencantas, menahan kenaikan pangkat,menakluk sebagainya. Ini semua dilakukan kerana adanya kepentingan peribadi. Apakah agama, pendidikan dan budaya tidak berupaya mengubahnya? Grand Theory mengatakan kezaliman dan sebagainya adalah tabiat manusia yang diwarisi turun temurun. Teori ini tidak disokong oleh sebarang kajian ilmiah yang kukuh.Hanya berdasarkan satus quo. Jadi kerana itu anda boleh melakukan apa sahaja. Tidak perlu risau kerana melakukan kezaliman adalah 'fitrah'. Berdasarkan teori ini tidaklah aneh,tidak pelikkiranya orang soleh membuat zalim.


Akhirnya teori besar ini ditolak pada tahun 1986 di Seville. Para ilmuan menolak teori ini setelah menanda tangan isatu deklarasi. Melakukan kezaliman bukanlah suatu yang diprogramkan atau berpunca daripada daripada genetik. Ini semua berlaku kerana "jiwanya sakit". Para pengkaji telah meneliti dan menemukan bahawa penyebab utama perbuatan zalim bukan kerana faktor genetik atau fikiran yang sewel tetapi kerana hilangnya kemampuan untuk berempati perasaan orang lain.


Ketika Anda melakukan kezaliman, menyakitihati orang, anda tidak merasa apa-apa. Anda tidak merasa kepedihan orang yang dizalimi. Dan anda juga menduga bahawa orangyang dizalimi merintih kerana kehilangan haknya. Anda merasa ini adalah suatu "keuntungan". Tidakkah Anda terfikir dunia ini ada pemiliknya. Anda adalah Khalifahnya. Bila hari akhirat nanti, di Padang Mahsyar ternyata keuntungan yang anda perolehi di dunia merupakan kerugian besar .Di sana anda akan merasakan kesengsaraan,kepedihan,kepayahan dengan menanggalkan hasilkerja anda didunia kepada mereka yang dizalimi. Maka pada saat itu Anda mula menggerti erti empati. Sayangnya Anda sudah berlambat! Pintu taubat sudah tertutup buat selama-lamanya!