Wednesday, June 6, 2007

Skim Cepat Kaya

Skim Cepat Kaya sering kali memakan korban sekian banyak. Rata-rata yang menjadi mangsa ialah umat Melayu Islam. Sebelum ini yang paling ketara sekali ialah skim Pak Mantelo yang berpusat di Taiping,Perak. Skim berjalan sekian selama. Pihak berkuasa walaupun sudah mengetahui tetapi memejamkan mata. Mustahil pihak berkuasa tidak tahu kerana polis Malaysia cekap.
Ulama kita tidak bersuara lantang. Persatuan Ulama ada tetapi suara mereka tidak sampai ke pengetahuan umat. Walaupun kita masih bersyukur kerana dapat melayari laman web ustaz zaharuddin. Laman ini cukup menarik sebagai rujukan walaupun beliau bukan seorang mufti. Tetapi bagaimana golongan rakyat marhaen dikampung yang terpesona dengan skim cepat kaya.
Sumber merujukan mereka ialah ustaz-ustaz dan Tok Guru. Berdasar pengalaman kami ustaz dan Tok Guru tidak mahir dalam ilmu-ilmu baru sebegini. Bila mereka melihat ada seorang dua ustaz yang menyertai skim cepat kaya seperti Swiss Cash dan sebagai tanpa berfikir panjang mereka turut melabur dan akhirnya wang mereka turut lebur!