Sunday, December 9, 2007

Berpuasa- Anda pasti sihat.

Pengalaman berpuasa cukup menarik. Letih,penat,lapar,dahaga semuanya cukup terasa. Sebagai seorang Islam aku wajib berpuasa. Suka atau tidak ia adalah suatu kepatuhan. Seorang hamba mesti patuh kepada perintah Tuannya. Benar aku boleh mencuri makan ketika orang tidak melihat. Tidak ada siapa yang nampak berbuatan aku itu.
Tetapi inikan perintah yang Yang Maha Agung. DIA yang menentukan segala-segalanya."Berpuasai itu untuk Aku,"begitulah kalimat yang disampaikan oleh Ustaz ketika aku hadir dalam suatu kuliah agama.
Semakin hari aku berpuasa terasa cernih fikiran aku. Banyak perkara yang boleh aku lakukan ketika berpuasa. Aku faham sekarang bahawa puasa itu lebih daripada sekadar menjadikan diri sihat.
Aku lebih dekat dengan Tuhanku. Segala permohonan dan permintaan dilakukan ketika berpuasa.Aku cukup selesa sekali berdoa ketika berpuasa.

Thursday, December 6, 2007

Semakin hari semakin kacau

Semakin hari semakin kacau. Isu Hindraft diperbesarkan. Proton dan Agusta sunyi sepi. Kebajikan rakyat semakin tidak dipedulikan. Rakyat menuntut hak. Suara rakyat tidak didengar.

Tunggulah saat itu
Saat kehanyuran
Ianya pasti tiba
Jangan tanya bila
Sabar menantilah!

Wednesday, September 19, 2007

Iblis Beribadat Selama Enam Ribu Tahun

Menurut Saydina Ali bin Abi Talib k.w.,Iblis pernah beribadat kepada Allah selama 6 ribu tahun.Masa yang cukup panjang.Ia diberi keistimewaan untuk berdailog terus dengan Dia.

Saturday, August 25, 2007

Barang Kegunaan dicemari bahan babi

Hairan orang Islam cepat kelatah bila ada bahan makanan dan minuman mengandungi bahan daripada haiwan babi. Kita ada golongan yang kaya. Kenapa mereka tidak mengambil tanggungjawab mendirikan kilang.
Orang Islam boleh buat sendiri. Sabun boleh buat sendiri. Milo boleh buat sendiri.Belajarlah bagaimana membuat benda-benda ini. Bukanlah susah sangat.
Mereka tidak boleh disalahkan. Mungkin mereka(orang bukan Islam) tidak tahu halal haram. Apa yang mereka tahu ialah membuat duit sebanyak mungkin. Dan kitapun beli sebanyak mungkin.Makan dan guna tanpa ambil tahu kandungannya kerana ada ustaz-ustaz yang kata kita tak perlu tanya apa kandungannya! Malah lebih mendukacitakan para ustaz bukan nak ambil tahu tentang kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam makanan ataupun minuman ini. Apa yang tahu ialah memberi 'fatwa' harus.Pada hakikatnya mereka ini tidak tahu tentang kandungan yang ada dalam makanan ataupun minuman!

Logo Baru Bank Islam

Tengoklah logo baru Bank Islam. Mana perkataan Bank itu. Apa yang jelas terpapar ialah Ban Islam. Huruf K sudah dilindungi oleh bulan sabit. Maka jadi Ban Islam! Sungguh malang dan cukup mengaibkan.
Atas alasan apa ditukar huruf jawi? Bank Islam rugi bukan kerana huruf jawi. Standard Charted Bank pun pakai huruf jawi. Warna hijaupun ada. Tidak rugipun.Orang bukan Islam tidak merungutpun tentang penggunaan huruf jawi. Tidak rungutpun tentang warna hijau.Cuma yang tidak suka warna hijau ialah pihak pengurusan atasan!
Standard Charted bukan milik orang Islam. Mereka tidak buang perkataan jawi. Tetapi kita orang Islam pula yang buang tulisan jawi milik orang Melayu islam sendiri! 50 tahun merdeka! Tetapi pemikiran dan hati masih dijajah!

Monday, August 13, 2007

Bahasa Melayu Ditukar Kepada Bahasa Malaysia


Sekali lagi Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia. Ini adalah kerja orang politik yang tidak faham asal usul bahasa Melayu.Bukankah bahasa itu mencermin jiwa bangsa itu.Bahasa Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan Islam. Banyak istilah islam yang telah diserap dan meresap dalam Bahasa Melayu.Perlu diingat Bahasa Melayu tidak sama dengan Bahasa Indonesia.
Bahasa Melayu digunakan diseluruh Kepulauan Melayu sehingga ke Madagaska.Orang Inggeris tidak menukar bahasa Inggeris ke 'bahasa England'.Demikian juga Bahasa Jepun,Perancis,Itali dan sebagainya.
Pandangan singkat ahli politik kita merosakkan bahasa Melayu!

Wednesday, June 6, 2007

Skim Cepat Kaya

Skim Cepat Kaya sering kali memakan korban sekian banyak. Rata-rata yang menjadi mangsa ialah umat Melayu Islam. Sebelum ini yang paling ketara sekali ialah skim Pak Mantelo yang berpusat di Taiping,Perak. Skim berjalan sekian selama. Pihak berkuasa walaupun sudah mengetahui tetapi memejamkan mata. Mustahil pihak berkuasa tidak tahu kerana polis Malaysia cekap.
Ulama kita tidak bersuara lantang. Persatuan Ulama ada tetapi suara mereka tidak sampai ke pengetahuan umat. Walaupun kita masih bersyukur kerana dapat melayari laman web ustaz zaharuddin. Laman ini cukup menarik sebagai rujukan walaupun beliau bukan seorang mufti. Tetapi bagaimana golongan rakyat marhaen dikampung yang terpesona dengan skim cepat kaya.
Sumber merujukan mereka ialah ustaz-ustaz dan Tok Guru. Berdasar pengalaman kami ustaz dan Tok Guru tidak mahir dalam ilmu-ilmu baru sebegini. Bila mereka melihat ada seorang dua ustaz yang menyertai skim cepat kaya seperti Swiss Cash dan sebagai tanpa berfikir panjang mereka turut melabur dan akhirnya wang mereka turut lebur!

Friday, May 25, 2007

Kursus Membuat Baja Kompos

Kelab Pengguna SMK Tasek Taman Puteri Gunung akan mengadakan kursus membuat baja kompos pada 26 Mei,2007 bertempat dibilik lukisan kejuteraan sekolah tersebut.
Kursus ini diadakan dengan bantuan dan kerjasama Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Tenaga pengajarnya ialah Prof Sutan Ismail yang didatangkan khas oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Seramai 35 orang pelajar akan menghadiri kursus setengahari tersebut. Kursus ini diadakan secara percuma. Makan tengahari disediakan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Kursus ini diadakan secara percuma.

Saturday, April 28, 2007

Pilihanraya Kecil Di Ijok

Biar apapun kemenangan yang dicapai oleh BN di Ijok bukanlah kemenangan rakyat. Banyak bukti menunjukan bahawa pilihanraya kecil itu penuh dengan penipuan dan ketidak telusan. SPR dan Media digunakan tanpa segan silu.

Penggunaan samseng oleh BN cukup ketara. Kereta dan pekerja BA dipukul adalah bukti yang cukup jelas. Pihak BN sanggup melakukan apa sahaja asalkan. Dalam kontek ini tujuan menghalalkan cara.

BN cukup cemas setiap kali ada pilihanraya kecil. Peruntukan segera diluluskan untuk memancing undi. Dan peruntukan ini dibuat bukanlah atas tanggungjawab sebagai pemerintah.

Prof Syed Muhammad Naquib Al-Atas

Mantan Pengasas dan Pengarah ISTAC Prof Syed Muhammad Naqib Al-Attas akan memberikan syarahan umum di Universiti Malaysia mulai 4 Mei hingga 5 Mei 2007 ini.

Ceramah itu diadakan mulai jam 10.00-12.30 di Dewan Persidangan Universiti.

Tajuk yang akan dibicarakan ialah
1.The Aims and Objectives of Higher Education
2.Ethics and Morality as Foundation of a Civilised Society.

Wednesday, April 4, 2007

Di Atas Runtuhan Kota Melaka

Ungkapan keramat " Di atas runtuhan Kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka". itu ungkapan yang diluangkan oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmi.Ianya bukan sekadar ucapan biasa. Di dalam tersurat cita-cita murni membangankan bangsa Melayu daripada b..elenggu pemikiran dan penjajahan Barat. Bagi Burhanuddin merdeka sekadar bebas secara fisikal tidak mempunyai erti yang tinggi.
Manusia Melayu harus bangun dan berpaksikan sebagai cara Islam. Tanpa Islam umat Melayu tidak akan sampai ke mana! Ungkapan Hang Tuah, 'Tak hilang Melayu Di Dunia' tidak mempunyai sebarang erti dalam hidup di dunia dan akhirat. Islam perlu mendasari cara hidup umat Melayu.