Wednesday, December 3, 2008

Berbohong

Trend berbohong nampaknya memakin menjadi-jadi.Anda tentu ingat sewaktu Dato Sri Anwar dipukul. Matanya lebam.Che Det kata mungkin Anwar yang pukul dirinya sendiri.Dan ada yang percaya dengan ucapan Che Det yang pada waktu itu the most powerful Prime Minister. Ngok betul golongan ini. Tetapi ini bukan kah kenyataan yang keluar daripada mulut seorang Perdana Menteri. Dia seorang doktor pula! Mana mungkin dia berbohong. Betul Anwar pukul dirinya sendiri! Sedikit sebanyak ada yang termakan dengan kata-kata Che Det itu.

Bila Pak Lah menjadi Perdana Menteri dia juga berbohong.Anda masih ingat? Jangan mudah lupa. Ya, tentang pilihanraya. Tidak ada pilihanraya.Ini semua cakap hantu raya. Ini semua kerja auta.Besoknya semua orang tahu. Sudah dicatatkan dalam sejarah Malaysia.Tak percaya tanyalah Prof Khoo Kay Kim. Jangan tanya Pak Yeit.Jangan tanya Mat Rempit. Mereka ini tak ambil kisah.Tak ambil pusing.
Dalam politik Machiavelli semua boleh. Tujuan menghalalkan cara. Anda jangan perhitungan soal halal haram,soal etika dan sebagainya. Itu semua letak ditepi.Apa yang penting tujuan mesti tercapai.
Dalam zaman Hitler dahulu ada seorang tokoh yang cukup hebat. Kehebatannya dalam soal berbohong. Ramai yang mengatakan Goebbels adalah pewaris Machiavelli. Dalam arena politik semasa ramai tokoh politik dan tidak kurang tokoh agama yang mempusakai tradisi Goebells:
"Kuasailah massa dengan menciptakan kebohongan!" Kata seorang penulis politik namanya Stone, "Every government is run by liars." Politik menjadi pentas lakonan dan ahli politik menjadi pelakon.
Skrip yang ditulis mesti bagus. Para pelakon mesti serious di atas pentas.Semuanya sudah diatur dengan cukup baik.Siapa saja yang bermain politik harus mengikut rentak pentas dan skrip yang ditulis. Selagi lakonan itu menarik orang akan senyum puas dan terpaku dari awal hingga akhir.
Tapi kalau para pelakonnya sudah menyimpang daripada naskah asalnya, itu tidak menjadi masalah. Mungkin tontotannya menjadi semakin panas dan menarik.
Kita sudah banyak bercakap soal bohong. Tapi bagaimana dengan definisinya. Menurut Sissela Bok, dalam Lying: Moral Choice in Public and Private Life. mengatakan bohong itu sebagai "mengkomunikasikan pesan yang dimaksudkan untuk menyesatkan orang lain,untuk membuat orang lain itu percaya apa yang kita sendiri tidak percaya." Tentunya kebohongan bukan sekadar salah maklumat tetapi sengaja direka untuk mengelirukan,menyesatkan atau membuat orang menjadi bingung.
Soalnya kenapa orang harus dan mesti berbohong. Jawapan yang ditemui dalam kitab akhlak berpunca daripada 3K.
1.Kebiasaan
2.Kerakusan
3.Kedengkian
Dari segi akhlak dan moral tidak ada kewajaran untuk berbohong semata-mata untuk menguasai orang secara paksa.
Oleh Shakir Md Taha

Sunday, November 30, 2008

Sepetang Bersama CEO PRM GLOBAL VISION SDN.BHD.

Oleh Shakir Md Taha

Ahad,30 November,2008.Cuaca cantik.
Seminar diHotel Sri Malaysia.
Bilik seminar yang boleh menampung kira-kira 100 orang penuh petang itu.

Dalam surat undangan majlis bermula pukul 2.00 petang.
Dewan belum penuh.
Penceramah pertama sudah tiba.
Berkopiah putih.
Berkot hitam
Janggut lebat panjang hitam.
Tapi dia bukanlah CEO yang dinantikan.
Ceramahnya mulanya agak serious tapi menarik.
Tapi dipenghujungnya disulam dengan lawak jenaka.

Jam tangan di belum letih lagi
CEO belum tiba lagi.
Sudah jam 4.00 petang.

Juruacara majlis,
"Dato dalam perjalanan."
Hadirin lega.
Walaupun yang ditunggu belum tiba.

4.10 petang CEO yang dinantikan tiba.
Beliau memberikan ucapan dengan didahului ayat-ayat suci Al-Quran
Tokoh yang sebelumnya sewaktu berucap menggunakan komputer sebagai alat bantu.
Tapi beliau lebih selesa menggunakan guntingan surat khabar lama sebagai bahan sokongan
sewaktu berpidato.

Bagi Dato'Hashim siapa sahaja jika diberi peluang boleh berjaya.
Ini keyakinan yang beliau pegang sungguh-sungguh.
Keyakinan inilah yang beliau pegang sedari dulu hingga kini.

Bicara Dato'Hashim tentang lebah cukup menarik
1.Lebah tidak akan bertuankan bangsa lain.
2.Lebah makhluk Tuhan yang cukup berani.
3.Lebah makhluk yang cukup tekun.
4.Lebah disebut didalam Al -Quran

Oleh Shakir Md Taha

Thursday, November 27, 2008

Hang Jebat

Ada cadangan
Ada seruan
Contohilah Hang Jebat
Untuk apa?
Jadi berani bersuara!

Aku fikir kajilah dahulu siapa dia Hang Jebat
Baca 10kali buku Hikayat Hang Tuah.

Hang Jebat membunuh orang yang tidak berdosa.
Hang Jebat tidak berani menegur Hang Tuah. Hang Tuah melarikan tunang orang.HangJebat diam.

Hang Jebat berzina. Hang Jebat membunuh.Berani Jebat tidak bertempat.
Hang Jebat berjuang untuk suku sakatnya sahaja.

Banyak lagi contoh yang boleh diikut.
Kita ada Salman Al-Farisi
Buka lembaran sejarah Islam penuh dengan contoh-contoh yang hebat.
Kenapa teruk sangat! Pilih Hang Jebat buat apa!
Ini kerja orang ngok!

Kata Orang Besar

Oleh SHAKIR MD TAHA

Hari ini anda menang dalam bicara
Berkat daulat peguam bijaksini berbicara
Besoknya anda bebas berbicara
Seperti seorang hakim dimuka pengadilan

Ini namanya demokrasi
Apa saja anda boleh saksi
Pakaian wanita ghairah penuh seksi
Dibilangnya
Itulah demokrasi!
Emansipasi!
Lantas itu hingga tidak ada apa-apa.

Dan kata pujangga lama
Siakap senohong,
Gelama ikan ikan duri,
Bercakap bohong
lama-lamajadi pencuri.

Tapi kata guruku yang juga pujangga baru
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong
Boleh jadi Menteri.

Kerana itu lebih baik jadi menteri
Jadi menteri semua besar
Rumah besar
Kereta besar
Gaji besar
Selalu jumpa orang besar

Tapi jadi menteri ini selalunya tersasar
Tapi dibetulkan oleh sekatarinya itu bukan tersasar
Itulah yang sebenarnya walaupun tidak benar
Kerana orang besar semuanya benar

Yang tidak benar dan suka bikin onar
Sebenarnya orang kecil
Orang kecil tidak tahu apa-apa
Sekadar dengar-dengar saja.
Itulah kata orang besar!

Biscuits And Cookies



You need cookies and biscuits.
Looking for premium quality
Reasonable prices
We assured you the products are halal.
Manufacturer:-
Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn Bhd
The man from Muar,Johor Darul Takzim.
A few days ago I talked to Tuan Sanawi. A very friendly man.I was told that the products are mostly for export. I've tried most of his products.Mouth watering!

A Crying Letter

By Shakir Md Taha



Yesterday I was here
Today I'm still here

Yesterday I saw a white letter in the box
And its seem been here for a week
Nobody seem to care
Just stand and stare

Today I'm still here
Tomorrow I'll be here
Oh, the letter is still here
Nobody seem to care

So I took it
Put it quietly and carefuly on the table
Because the letter was sleeping and crying at the corner of the box
Since you missed her.

Wednesday, November 26, 2008

BICARA SEORANG GURU

Oleh Shakir Md Taha
Bicara mereka
Guru adalah segala-gala
Mengajar tulis baca

Bicara mereka
Guru adalah pembuka bicara hati dan mata
Mengangkat anak didik ke martabat alam peasada

Bicara mereka
Guru bukanlah Salman Al-Farisi
Biarpun ada waktunya seperti kandil membakar diri

Dan,
Masih adakah hati seorang Perdana Menteri yang berkuasa
Masih adakah hati seorang peguam yang menang bicara
Masih adakag hati seorang ulama yang berfatwa
Menziarahi guru di waktu usia senjanya
Menziarahi guru di waktu dukanya
Mendoakan gurunya di waktu senggangnya

Bicara mereka
Guru tidak pernah melahirkan Malim Kundang
Guru tidak pernah melahirkan Si Tanggang
Tidak juga Kitol
Tidak juga Mendeliar
Biarpun ada waktunya terlantar sengsara

Guru pahlawan bicara dan pena
Mendobrak pemikiran yang kacau lena
Guru penyambung nafas umat selamat.

Sunday, May 25, 2008

Minuman Kopi Guarana Cappuccino


Kegunaan Guarana Collagen

1.Sesuai untuk pembinaan sel-sel dalaman wanita yang keluar dan rosak sewaktu-haid dan melahirkan anak.
2.Untuk merapatkan sistem peranakan wanita.
3.Meningkat dan menambah tenaga seksual lelaki dan wanita.
4.Mengurangkan rasa mengantuk
5.Agen awet muda.
6.Menurunkan berat badan(reduce apppetite )
7.Menghilangkan penyakit gatal-gatal kulit,kulit kering dan bersisik serta kulit berbau
Pesanan buat wanita:-
Jagalah kesihatan luaran dan dalaman semoga anda dilihat anggun dan lelaki akan merindui-mu.
"MAN WILL REMEMBER YOU FOREVER" Let's the food be your medicine.
Harga promosi RM40.00
Berat 25GM. 15 sachet. Hubungi: 013481-5577.Sila hantar wang pos kepada:Ahmad Shakir BinMd Taha,No.4,Lorong Kasawari 7,Taman Kasawari.14100,Simpang Ampat,Seb Perai Selatan. POS RM5.00

Tuesday, May 13, 2008

Sajak: "Orang Kecil,Orang Besar"

By K.H.A Mustofa Bisri

Orang keci jika ikhlas diperas
Jika diam ditikam
Jika protes dikentes
Jika usil dibedil

Orang kecil jika hidup dipersoalkan
Jika mati tak dipersoalkan

Lebih baik jadilah orang besar
Bagiannya selalu besar.

Orang besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim tak zalim dibiarkan

Orang besar boleh bicara semaunya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja

Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikatakan kurangajar
Orang besar kurangajar dikata berani

Orang kecil mempertahankan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar

Monday, May 12, 2008

Whose Valentine?

By Khalid Baig

Most Muslims who indulge in many alien cultured practices, these days,do not know what they ae doing. They are just blind folloers of their equally blind cultural leaders. Little do they realise that what they regard as innocent fun may in fact he rooted in paganism. That the symbols of they embrace may be symbols of unbelief. That the ideas they borrow may be products of superstition. And that all these may be negation of what Islam stands for.
Consider Valentine's Day, a day that after dying out a well deserved death in most of Europe-but surviving in Britain and the United States-has suddenly started to emerge across a swath of Muslim countries. Who was Valentine? Why is this day observed?
Legends abound, as they do in all such cases,but this much is clear: Valentine's Day began as a pagan ritual started by Romans in the 4th century BCE to honour Lupercus, 'the godof fertility and flocks' Its main attractions was a lottery held to distribute young women to young men for " entertainment and pleasure-until the next year's lottery.

Friday, April 11, 2008

Isu Penternakan Babi Di Selangor

Tahniah kepada Kerajaan Gabungan Selangor yang berjaya menyelesaikan persoalan penternakan babi. Isu babi cukup sentitif.Langkah yang dibuat oleh kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid menepati kehendak semua kaum. Tempat penternakan yang kemas dan sistematik sepatutnya dilakukan oleh kerajaan pimpinan Khir Toyo. Tetapi ini tidak dilakukan. Apa yang berlaku sekarang ialah demontrasi murahan yang tidak dapat membantu apa-apa.
Ianya untuk kebaikan semua dan tidaklah perlu dijadikan isu. Hanya mereka yang bebal sahaja menjadikan penternakan babi ini sebagai isu.
Mahukan kita membiarkan babi diternak tidak menentu hala. Di sana sini ada kandang babi. Kita terpaksa menghidu bau babi setiap hari!Fikirlah.

Saturday, February 16, 2008

EXERCISE

EATING alone will not keep a man well ; he must also take exercise.For food and exercise ,while possessing opposite qualities,yet work together to produce health.


-Hippocrates,fifth century

Tuesday, January 8, 2008

SindromTsa 'labah

Dalam hidup ini dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat seketika. Ada yang diberi rezeki melimpah ruah.Ini semua adalah ujian belaka."Dan sekiranya Allah melapangkan rezekinya kepada hamba-hambaNya tentulah mereka akan melampaui batas dimuka bumi ini. Tetapi Allah menurunkan rezeki dengan ukuran yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat(Al-Quran42:27)
Walaupun dalam kesempitan ketaatan kepada Allah masih tetap utuh. Mereka tetap patuh sungguh. Kesempitan yang mereka alami merupakan sebahagian daripada kebijaksanaan Tuhan Semesta Alam. Mungkin golongan yang kesempitan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi "Malim Kundang". Malah kita miskin jarang tidak kita ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal. Ada masa untuk berzikir bersama kawan. Berbual mesra. Bertanya khabar.
Waktu untuk bersama keluarga tidak pernah kesempitan. Keluarga menjadi cukup mesra .Bila perniagaan kita belummaju ada masa untuk berjuma dengan kawan serta menziarahi sanak saudara .Masa untuk berbual dengan jiran sentiasa ada.
Bukan kah kita mula bertegang leher apabila organisasi mempunyai dana yang cukup besar. .Sering bertengkar sesama sendiri.Mula ada sifat curiga mencurigai.Fitnah sudah mulai menjalar kesegenap pelusuk hati.Bisikan syaitan memakin menjadi ikutan. Rasuah semakin menjadi-jadi kerana gin menjadi jutawan dan hidup senang lenang.
Orang soleh tergelincir kerana kesempitan lalu menjadi orang salah.Ketika rezeki melimpah ruah waktu untuk beribadat semakin tiada. Solatpun jarang-jarang.Malah sudah berani melakukan maksiat.Simpan perempuan jalang buat melempias nafsu berahi. Tidak lagi segan untuk minum minuman keras! Malah semacam suatu kebanggaan.
Ketika menjadi mahasiswa daya juangnya cukup tinggi. Dia menjadi aktivis yang terkenal. Suaranyacukup lantangIa sanggup tidur dimesjid kerana kesempitan wang. Di mesjid ia menghabiskan sebahagian malamberzikir dan bertahajud.Tetapi setelah tamat pengajian dan berjawatan besar sebahagian besar malamnya dihabis di kelab malam menari,minum danberpesta.Tidak ada zikir munajat dan bertahajud lagi!
Ketika menjadi aktivis kampus suaranya lantang memperkatakan kidakadilan pemerintah Rakyat miskin dan tertindas menjadi agenda utamanya .Istilah proletar sentiasa bermain dibibirnya.Golongan kapitalis keparat seniasa keluar daripada ucapannya.