Friday, July 27, 2012


Rakyat sengsara pinjaman kereta, perumahan RM577 bilion

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dibebankan dengan hutang isi rumah tinggi mencecah RM577 bilion disebabkan harga rumah dan kereta yang mahal, menyaksikan rakyat terus dihimpit kesengsaraan, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Daripada jumlah itu katanya, RM118 bilion adalah berupa pinjaman kereta, RM225 bilion lagi pinjaman perumahan dan RM22 bilion pinjaman peribadi yang bersamaan 74% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Sikap Umno BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Keadilan tengahari tadi.
Mengulas statistik yang dikeluarkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz November tahun lalu, Azmin turut menyatakan kebimbangan nisbah hutang isi rumah apabila hutang kerajaan kini melebihi kadar 50% KDNK.
“Keadaan ini merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia.
“Secara langsung ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup keluarga,” kata Azmin.
Justeru itu katanya, Pakatan Rakyat akan mencadangkan satu penyelesaian radikal dalam Dasar Automotif Negara yang akan dibentang pada sidang Ekonomi Pakatan Rakyat Mac ini.
Langkah ini bagi mengurangkan beban cukai yang dikenakan ke atas rakyat terhadap pembelian kereta yang kini berhadapan tiga jenis cukai iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.
“Kereta yang paling kecil pun, dibawah 1500 cc dicukai sekurang-kurangnya 70 % cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 % cukai eksais dan 10 % cukai jalan.
“Ini bermakna bagi setiap kereta kecil yang dijual oleh Perodua dengan harga RM 40 000, sebanyak RM 16 500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.
Menurut Azmin, anggaran kasar sekurang-kurangnya 70 % dari jumlah hutang RM118 bilion pinjaman kereta yang ditanggung rakyat digunakan hanya untuk membayar cukai  tinggi yang dikenakan kerajaan.
“Ini satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais- bukti bahawa Umn0/BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya,” katanya.
Dalam pada itu, Azmin turut mengulas harga rumah yang tinggi, terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda, menyebabkan mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman.
“Bagi keluarga yang berpendapatan di bawah RM3000 sebulan, dianggarkan, dua pertiga daripada gaji mereka untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6402

Tuesday, July 24, 2012

Pandangan Dr.Tariq


Jangan sisih golongan bukan Islam yang berkebolehan – Dr Tariq


(Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 20 Julai: Agama dan latar belakang seseorang tidak terlalu penting dalam memegang sesuatu jawatan, sebaliknya kebolehan dan kesetiaan yang perlu diberi keutamaan, kata Dr Tariq Ramadan.
Cendikiawan Islam terkenal dunia itu turut memetik kisah Rasulullah yang melantik orang fasik dan bukan Islam untuk memegang jawatan penting semasa pemerintahan Baginda.
“Ada sahabat bertanya Baginda tentang pelantikan itu. Baginda menjawab kefasikannya adalah untuk dirinya sendiri tetapi kebolehannya untuk kita semua.
“Malah, Baginda turut melantik orang bukan Islam untuk menjalankan tugas yang boleh membahayakan nyawa Baginda sendiri,” katanya yang menyifatkan amalan itu wajar diamal dalam politik dan pentadbiran sesebuah negara.
Beliau berkata demikian pada program wacana bertajuk ‘Islam dan Reformasi Pemikiran Ummah’ di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini, malam tadi.
Ia dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat hajat. Hampir 500 khalayak yang hadir terdiri daripada pimpinan parti, wakil badan bukan kerajaan dan anak muda dari pelbagai agama.
Skrin besar turut disediakan di luar rumah berikutan kehadiran luar biasa orang ramai dari pelbagai bangsa dan agama.
Selepas solat Isyak, syarahan dimulakan dengan Anwar menceritakan ringkasan buku terbaru Tariq, The Arab Awakening yang dilancarkan di Kinokuniya Kuala Lumpur baru-bau ini.
Pada sesi soal jawab, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar turut mengemukakan soalan.
Sivarasa bertanya mengenai konflik hubungan Syiah dan Sunni manakala Xavier berkenaan hukum jenayah dalam undang-undang Islam.
Pada program itu. Dr Tariq juga menyeru umat Islam menguruskan kepelbagaian yang ada dalam masyarakat dengan baik dan berhemah selaras tuntutan Islam.
Beliau berkata, menerima perbezaan agama lain tidak bermaksud umat Islam merendahkan prinsip agamanya sendiri, malah ia sebahagian tuntutan agama.
“Tentunya sebagai muslim kita yakin dengan kebenaran Islam tetapi kebenaran yang kita pegang itu sendiri berpesan supaya tidak menekan kebenaran yang diyakini orang lain. Hormati pegangan mereka dan tidak wujudkan perbezaan.
Mengambil contoh kisah Rasulullah pada zaman kedatangan Islam, Dr Tariq berkata, Baginda mengajak kaum Yahudi untuk bersaing mengenai ‘kebenaran’ dengan membuat kebaikan, bukan melalui diskriminasi sesama mereka.
Justeru, beliau berpesan kepada umat Islam supaya berhenti menggunakan agama sebagai alasan untuk menentang apa sahaja perbezaan yang wujud dalam masyarakat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33119

Tuesday, July 10, 2012


Guardian lanjut spekulasi Nurul Izzah bakal PM

Akhbar Inggeris Guardian menerbitkan satu rencana mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menganalisis perjalanan mencabar barisan pembangkang menghadapi pemerintah Barisan Nasional dan apa yang dilihat sebagai peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Menurut akhbar itu, pertempuran dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal menjadi yang terakhir untuk merealisasikan hasrat Anwar menjadi perdana menteri, hal yang sama dibicarakan dalam politik negara kebelakangan ini.

Rencana tulisan Kate Hodal itu masih memberi gambaran keseluruhan yang positif buat Anwar, memberi gambaran Anwar sebagai satu-satunya pemimpin pembangkang yang ditentukan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang, walaupun turut menyelitkan beberapa kritikan kecil.

Walau bagaimanapun, isu utama yang dibawakan atau dilanjutkan oleh rencana ini - yang kelihatan dipilih untuk disiarkan pada masa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 untuk mempengaruhi debat politik negara - ialah harapan terhadap Nurul Izzah Anwar, anak Anwar yang juga seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Peranggan terakhirnya menimbulkan isu "harapan banyak pihak di peringkat akar umbi" untuk melihat Nurul Izzah menyambung perjuangan Anwar, dan diletakkan sebagai calon utama perdana menteri gabungan parti Pakatan Rakyat sekiranya mendapat jumlah kerusi parlimen yang mencukupi.

Rencana Guardian ini melanjutkan lagi debat mengenai siapa selepas Anwar, yang semakin banyak diperkatakan pada masa ini ekoran banyak hal, termasuk imejnya yang semakin terjejas termasuk kepada pengikut dan penyokong PR sendiri.

Penulis rencana itu menyebut faktor Nurul Izzah yang bebas daripada bagasi sejarah seperti yang dimiliki bapanya, selain faktor muda dan popular, mencerminkan sentimen banyak pihak terhadap beliau.

Walau bagaimanapun, isu politik dinasti keluarga menjadi satu isu yang sentiasa membayangi PKR yang dikuasai oleh linkungan keluarga Anwar dan rakan terdekatnya.

Rencana ini bakal mencetuskan minat dan perhatian ramai dalam politik negara, terutama dalam kalangan PKR dan PR yang menaruh harapan yang sama, sama ada sebab sokongan kepada Nurul Izzah atau kerana faktor mencari calon kompromi.

Ia boleh dilihat sebagai satu bentuk endorsement dari pihak berpengaruh di peringkat antarabangsa, memberi gambaran sokongan yang diterima Nurul Izzah, dan kemungkinan juga merupakan satu rancangan transisi daripada Anwar kepada tokoh lain yang sudah digerakkan.

Pihak yang berada di kem seberang pula dijangka tidak akan berdiam diri, dan akan memberikan tindak balas sewajarnya.

Thursday, July 5, 2012

Gebrakan Ekstrim Mursi, Rakyat Bisa Langsung ke Istana Menyampaikan Keluhan

Gebrakan Ekstrim Mursi, Rakyat Bisa Langsung ke Istana Menyampaikan Keluhan

Mursy, Zanki, dan Harapan Kebangkitan Islam
 
Selain ada Iran, Konflik di Suriah juga secara intensif melibatkan kekuatan Barat
Kamis, 05 Juli 2012 
Oleh: Alwi Alatas
TERPILIHNYA  Dr. Muhammad Mursy sebagai Presiden Mesir memberikan ruh dan gairah baru di negeri yang selama beberapa dekade dipimpin oleh diktator itu. Fenomena terpilihnya Mursy tidak hanya menarik dan berkesan bagi masyarakat Mesir atau komunitas di kawasan Timur Tengah semata, tetapi juga bagi masyarakat dunia pada umumnya. Kemenangan Mursy ikut dirasakan sebagai kemenangan, atau setidaknya sebagai sebuah contoh yang bisa diambil sebagai pelajaran, oleh banyak orang di negeri-negeri lainnya.

Editorial Media Indonesia pada hari Rabu, 27 Juni 2012, misalnya, mengangkat tema ‘Belajar dari Mursy’. Harian tersebut menyebutkan bahwa pidato yang dibawakan oleh Dr. Mursy melegakan semua pihak dan ia menyatakan siap menjadi pemimpin bagi semua warga Mesir. Mursy juga tidak menganggap dirinya sebagai penguasa, tetapi masyarakatlah yang merupakan penguasa, sebuah pesan yang perlu diambil pelajaran oleh para pemimpin di Tanah Air.
Sementara banyak pembaca yang tentunya telah mengetahui tentang Muhammad Mursy, karena berita tentang beliau banyak menghiasi media massa belakangan ini, mungkin banyak yang belum mengetahui tentang Nuruddin Zanki (1118-1174), tokoh yang juga hendak diangkat di dalam tulisan ini. Berikut ini merupakan informasi ringkas tentang Nuruddin Zanki. Beliau merupakan seorang keturunan Turki Saljuk yang menjadi sultan di Suriah menggantikan ayahnya yang wafat pada tahun 1146. Beliau memimpin wilayah tersebut pada masa Perang Salib II dan setelahnya.
Proses penyatuan wilayah Muslim di Suriah dan sekitarnya serta proses Islamisasi wilayah tersebut dapat dikatakan dimulai oleh tokoh ini, setelah sebelumnya kaum Muslimin berpecah belah dan sibuk dengan perselisihan mazhab dan politik. Pada akhir masa pemerintahannya, ia mengutus Shirkuh dan keponakannya, Shalahuddin al-Ayyubi, untuk masuk ke Mesir yang kemudian berlanjut dengan proses penghapusan Dinasti Fatimiyah oleh Shalahuddin. Nuruddin juga membangun visi yang kuat untuk membebaskan al-Quds yang ketika itu dikuasai oleh pasukan salib, walaupun beliau meninggal dunia sebelum sempat mewujudkan hal itu. Perjuangannya kemudian diteruskan oleh Shalahuddin al-Ayyubi.
Melalui tulisan ini kami ingin melakukan sedikit komparasi antara apa yang terjadi di Mesir sekarang ini dengan apa yang pernah berlaku pada masa Nuruddin Zanki. Sebetulnya perbandingan ini agak terlalu dini dan barangkali tidak sepenuhnya relevan, karena di samping adanya perbedaan-perbedaan waktu, tempat, dan kondisi sosial-politik yang dihadapi oleh kedua tokoh ini, kemenangan Mursy juga masih berada di fase yang sangat awal dan belum diketahui akhirnya. Namun, ada beberapa kesamaan yang membuat kami tertarik untuk merefleksikan fenomena kemenangan Mursy ini pada apa yang pernah terjadi kira-kira 850 tahun yang lalu di kawasan yang hampir sama. Beberapa kesamaan itu terkait dengan suasana zaman serta harapan yang muncul di tengah masyarakat Muslim terkait dengan hadirnya masing-masing figur ini.
Kita akan memulainya dari beberapa kemiripan suasana zaman. Nuruddin Zanki muncul sebagai pemimpin ketika masyarakat Muslim masih relatif terpecah belah.
Para pemimpinnya enggan bersatu dan para ulama sibuk dengan perselisihan mazhab. Dunia Islam yang dihadapi Mursy pada hari ini juga kurang lebih seperti itu. Para pemimpin Arab dan Muslim cenderung bermusuh-musuhan, dan para ulama dan tokoh Islam sibuk dengan perselisihan di antara mereka. Dunia Islam pada masa Nuruddin Zanki terpecah antara Sunni dan Syiah: Abbasiyah yang Sunni di Iraq, Iran, Suriah, dan Jazirah Arab berhadapan dengan Fatimiyah yang berhaluan Syiah Ismailiyah di Mesir.
Dunia Islam pada hari ini juga mengalami polarisasi ini: Mesir, Palestina, Turki, dan Jazirah Arab yang Sunni serta Iran yang berpaham Syiah Itsna Asy’ariah dan kini berada dalam satu kubu dengan Iraq dan Suriah. Perbedaannya adalah, pada masa kemunculan Nuruddin Zanki, Dinasti Fatimiyah di Mesir sudah mulai melemah, sementara Iran pada hari ini masih memiliki pengaruh yang sangat menonjol di kawasan Teluk dan Timur Tengah.
Zanki dan Mursy sama-sama menghadapi isu yang sangat krusial di dunia Islam, yaitu jatuhnya al-Quds (Yerusalem) ke tangan non-Muslim. Saat Nuruddin Zanki menjadi sultan pada tahun 1146, al-Quds telah dikuasai oleh kekuatan salib Kristen selama 47 tahun.
Kini, ketika Mursy terpilih sebagai presiden Mesir, al-Quds telah dikuasai oleh Zionis Yahudi selama 64 tahun. Kedua tokoh ini, Zanki dan Mursy, sama-sama memiliki visi yang kuat untuk mengembalikan al-Quds ke tangan kaum Muslimin. Mursy merupakan kader al Ikhwan al Muslimun, organisasi yang telah sejak lama mencita-citakan pembebasan al-Quds dari tangan Zionis. Hamas di Palestina yang berhadap-hadapan langsung dengan kekuatan Israel, lebih memiliki afiliasi khusus dengan Ikhwanul dan bukannya dengan Iran sebagaimana yang disebut-sebut oleh beberapa media. Karena itulah kemenangan Mursy menimbulkan kekhawatiran yang besar di pihak Israel dan memberi harapan lebih besar bagi pembebasan Palestina.
Kepribadian keduanya juga memiliki beberapa kesamaan, setidaknya dalam semangat keagamaan. Nuruddin Zanki merupakan seorang pemimpin yang shalih dan zuhud. Beliau selalu menegakkan shalat berjamaah, melakukan shalat malam, menyintai para ulama, ikut meriwayatkan hadits, dan sangat menjunjung tinggi syariat dan penegakkan keadilan.
Muhammad Mursy juga merupakan seorang yang shalih, hafiz al-Qur’an, dan selalu berusaha menegakkan shalat berjamaah. Bahkan kini setelah menjadi presiden beliau tetap menjalankan kebiasaannya itu dan menjadi imam bagi para pengawal pribadinya (Kompas.com, 28 Juni 2012).
Kehidupan Zanki jauh dari kemewahan, ia tidak mau makan berlebihan, dan ia terbiasa hidup sederhana. Ia tidak memandang kerajaan yang berada di dalam genggamannya sebagai milik atau sumber penghasilannya.
Ketika istrinya mengutus seseorang untuk meminta tambahan uang belanja kepadanya, Nuruddin Zanki menegur dengan kata-kata, “… Seandainya dia berpikir bahwa harta yang berada di tanganku adalah hartaku, sesungguhnya itu adalah pikiran yang salah. Sesungguhnya itu adalah harta Muslimin, dan untuk maslahat Muslimin, dan disiapkan untuk keadaan perang. Aku telah dijadikan penjaganya, dan aku tak akan mengkhianati mereka.”
Mursy juga bukan seorang yang mementingkan kesenangan duniawi. Walaupun ia merupakan seorang doktor bidang teknik lulusan Amerika Serikat, kehidupannya relatif sederhana. Rumahnya berada di luar kota Kairo dan ia mengontrak rumah selama beraktivitas di Kairo. Saat diangkat menjadi presiden, tampaknya ia dan keluarganya merasa enggan untuk pindah dan tinggal di istana kepresidenan.

Kemunculan Nuruddin Zanki dan Mursy pada zaman mereka masing-masing meniupkan suatu harapan baru di tengah dunia Islam, setelah kaum Muslimin tenggelam dalam kemunduran dan kekalahan selama beberapa waktu lamanya. Di masa-masa Perang Salib, harapan itu mulai muncul sejak masa kepemimpinan Imaduddin Zanki, ayah Nuruddin, dan menjadi lebih kuat lagi pada masa kepemimpinan Nuruddin Zanki. Harapan ini terlihat jelas, misalnya, pada proses penyatuan Damaskus ke dalam wilayah kekuasaan Nuruddin Zanki pada tahun 1150-an. Ketika menguasai beberapa wilayah di sekitar Damaskus, Nuruddin Zanki melarang anak buahnya melakukan penjarahan atau kezaliman terhadap penduduk.
Pada suatu hari, ketika Nuruddin Zanki dan pasukannya tiba di wilayah Ba’albek pada pertengahan tahun 1150, tiba-tiba hujan turun selama tiga hari berturut-turut, setelah sekian lama hujan tidak turun di wilayah itu. Orang-orang mengaitkan hal ini dengan kehadiran Nuruddin Zanki dan mengatakan, “Ini semua disebabkan oleh pengaruhnya yang penuh berkah, keadilannya dan perbuatannya yang lurus.” Kini ketika Mursy meraih kemenangan di Mesir, harapan-harapan baru pun muncul di tengah kaum Muslimin di beberapa belahan dunia. Kaum Muslimin di luar Mesir ikut menyambut kemenangan Mursy, seolah-olah sosok ini adalah presidennya juga. Foto-foto serta berita tentang Mursy yang bermunculan di beberapa media sosial, menyiratkan cukup besarnya harapan itu.

Bagaimanapun, Mursy masih berada di fase awal kemenangannya. Nuruddin Zanki sudah melewati zamannya dan telah menutup perjuangannya dengan manis. Mursy masih harus melewati hari-harinya dan sejarah masih akan mencatatnya. Dulu Nuruddin Zanki memulai perjuangannya sebagai sultan di Suriah dan pada akhir masa pemerintahannya berhasil menaklukkan Mesir dan mengakhiri riwayat Dinasti Fatimiyah yang memang sedang sakratul maut. Penyatuan kedua kekuatan ini kemudian membuka jalan bagi Shalahuddin al-Ayyubi pada masa berikutnya untuk membebaskan al-Quds dan Palestina dari tangan pasukan salib.
Kini Mursy mulai memimpin Mesir dan pada saat yang sama Suriah yang dipimpin oleh rezim berlatar Syiah Alawit tengah bergejolak. Semua mata tengah memandang, akankah rezim di Suriah jatuh pada akhirnya dan akankah hal itu membuka jalan bagi dikuasainya kembali al-Quds oleh kaum Muslimin? Banyak yang memiliki harapan seperti ini.

Bagaimanapun, ada beberapa perbedaan yang perlu dicermati. Dinasti Fatimiyah di Mesir sudah sangat lemah pada masa Nuruddin Zanki dan Nuruddin Zanki tidak masuk ke Mesir melainkan karena dua alasan.
Pertama, karena pasukan salib masuk ke negeri itu atas undangan wazir Mesir dan berusaha menanamkan pengaruhnya di sana.
Kedua, karena khalifah Fatimiyah, yang berseberangan dengan wazirnya, meminta pertolongan kepada Nuruddin Zanki agar ia mengirimkan pasukan untuk membantu mereka. Hal ini disetujui Nuruddin Zanki dengan dikirimkannya Shirkuh dan keponakannya, Shalahuddin al-Ayyubi, beserta pasukannya ke Mesir. Setelah Mesir dikuasai dan Shalahuddin kemudian menjadi pemimpin Mesir, proses perubahan pemerintahan Mesir menjadi Sunni dilakukan secara gradual dan tanpa kekerasan.
Barulah pada masa berikutnya, setelah wafatnya Nuruddin Zanki pada tahun 1174, Mesir dan Suriah bahu membahu di bawah kepemimpinan Shalahuddin al-Ayyubi dalam melancarkan perjuangan sehingga tercapainya pembebasan al-Quds dan Palestina beberapa tahun berikutnya.

Keadaannya berbeda pada hari ini. Di tengah mulai munculnya kekuatan politik Sunni di Timur Tengah saat ini, kekuatan politik Syiah yang berpusat di Iran juga masih sangat menonjol. Hal ini membuka peluang bagi terjadinya gesekan dan benturan fisik di antara kedua belah pihak yang sebetulnya tidak menguntungkan bagi dunia Islam secara keseluruhan.
Ancaman benturan itu cukup terasa pada pertarungan di Suriah saat ini di mana pemerintahan Sunni pada umumnya berpihak pada masyarakat Suriah dan berusaha menjatuhkan rezim Assad, sementara Iran membela dan berusaha mempertahankan pemerintahan Suriah yang sejak lama telah menjadi sekutunya.
Konflik di Suriah juga secara intensif melibatkan kekuatan Barat. Masalahnya, jika pada masa Nuruddin Zanki dahulu Fatimiyah menjadi pihak yang bekerja sama dengan kekuatan salib, kini dunia Sunni berada di front yang sama dengan Amerika Serikat dan sekutu-sekutu Baratnya. Apa pun alasannya, keadaan ini dapat membawa pada dua konsekuensi: apakah Amerika Serikat yang dimanfaatkan untuk mendongkel rezim Suriah, atau Amerika Serikat dan sekutunya yang memanfaatkan kaum Muslimin untuk berperang satu sama lain dan pada gilirannya akan melanggengkan hegemoninya di Timur Tengah. Ini merupakan keadaan yang mesti disikapi dengan sangat hati-hati. Sebab sejarah sering memberitahu kita bahwa terjadinya kerjasama dengan musuh yang lebih kuat dalam sebuah konflik internal bukanlah pertanda yang bagus bagi independensi suatu masyarakat dari penjajahan.

Perjalanan Mursy dan Mesir masih cukup panjang. Kita pun tidak kehilangan harapan dan optimisme bahwa ini merupakan awal dari kemenangan dunia Islam serta pembebasan al-Quds. Harapan itu akan tetap ada, selama jalan-Nya tetap diikuti dan keridhaan serta pertolongan-Nya masih tetap menaungi umat ini.*/Singapura, 15 Sha’ban 1433/ 5 Juli 2012 

Penulis adalah kolumnis hidayatullah.com, kini sedang mengambil program doktoral bidang sejarah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
Rep: Administrator
Red: Cholis Akbar
 
KOMENTAR

Friday, June 8, 2012


Pak Lah enggan pertahan Kepala Batas dan UMNO mula berbalah.. baguslah..


Paklah diberitakan telah menolak pelawaan Najib supaya mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas sekali lagi..

Seorang pemimpin UMNO pernah menyatakan kepada aku bahawa Pak Lah itu penting buat UMNO Kepala Batas kerana ramai yang menganggap beliau sebagai bapa.

Seperti kita juga masa kecik-kecik dulu.. kalau bapa ada dalam rumah mana nak berani bergaduh sesama adik beradik..

Pak Lah perlu bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas bagi mengelakkan perpecahan kerana berebut untuk menjadi calon sesama pemimpin UMNO..

Meskipun dulu beliau sering dilihat lena dalam banyak majlis, kelibatnya dalam UMNO Kepala Batas mampu mengelakkan perang dalam UMNO Kepala Batas.

Benar rupanya kata-kata pemimpin UMNO itu... tanpa Pak Lah UMNO Kepala Batas mula berbalah.... baguslah..

Kalau korang baca betul-betul laporan ni.. korang akan nampak bahawa sememangnya kehadiran Mamak dalam UMNO mula tidak disenangi..

Sedikit terjemahan...

Diberitakan, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menolak mentah-mentah tawaran Datuk Seri Najib Razak, untuk mempertahankan kerusi itu.

Langkah yang diambil oleh Najib Razak dilihat sebagai percaturan maukan calon yang dilihat calon "winnable" supaya berjaya memperolehi majoriti 2/3.

Tindakan Pak Lah menolak pelawaan Najib sebagai satu tamparan maut kepada Najib atau dilihat sebagai jalan membalkas dendam kerana merampas kedudukkannya sebagai PM.

Difahamkan bahawa Ketua Pemuda Umno Kepala Batas yang juga anak emas serta bekas Setiausaha Politik Pak Lah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Ibrahim Saad , bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugur, mantan Setiausaha Politik DSAI.

Diantara kedua mereka, Bahgian UMNO Kepala Batas dan Najib sendiri lebih cenderung menyokong dan memberi laluan kepda Ibrahim Saad dari Reezal Merican.

Reezal Merican dilihat tidak mempunyai imej Melayu berbanding dengan Ibrahim Saad, walaupun beliau lebih disenangi oleh Pak Lah.

Mau tak mau kena terima hakikat yang majoriti anak-anak Melayu Pulau Pinang agak tidak selesa dengan kebanjiran anak-anak berketurunan mamak dalam UMNO..Keterunan ini agak dominan kini.. Dilihat sebagai mengawal perjalanan UMNO...

Ini ditambah burukkan dengan kawasan parlimen bersebelahan yang juga seoran anak mamak, TS Mohd Noor Yackop.


Friday, May 11, 2012

Di Sepanjang Jalan

Sewaktu aku memandu balik ke rumah jalan penuh sesak dengan kereta.Kereta tidak bergerak. Agaknya kemalangan yang berlaku.Kereta,lori tidak bergerak. Yang mampu bergerak ialah motorsikal.Inilah kenderaan yang aku kira paling sesuai digunakan.Biarpun jalan raya penuh sesak kenderaan jenis mampu mencelah laju.Keistimewaan inilah yang ada pada motorsikal tapi tidak ada pada kenderaan yang lain.

Sampai di persimpangan jalan,polis mengawal lalulintas. Polis mengarahkan semua kenderaan besar berhenti. Aku fikir ada orang besar yang hendak lalu. Rupanya tidak. BukanYang DiPertuan Agong yang hendak lalu.Bukan juga Gabenor. Tapi basikal.

Ya,basikal hendak lalu.Pertandingan Jelajah Satu Malaysia dengan menggunakan basikal. Semua kenderaan yang hendak ke utara atau selatan diminta berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan kecil yang bernama basikal.

Polis dan Rela berkawal rapi. Penuh dipinggir jalan.
Ini kerana hanya kayunan basikal anak muda


Oleh Shakir Taha