Tuesday, January 8, 2008

SindromTsa 'labah

Dalam hidup ini dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat seketika. Ada yang diberi rezeki melimpah ruah.Ini semua adalah ujian belaka."Dan sekiranya Allah melapangkan rezekinya kepada hamba-hambaNya tentulah mereka akan melampaui batas dimuka bumi ini. Tetapi Allah menurunkan rezeki dengan ukuran yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat(Al-Quran42:27)
Walaupun dalam kesempitan ketaatan kepada Allah masih tetap utuh. Mereka tetap patuh sungguh. Kesempitan yang mereka alami merupakan sebahagian daripada kebijaksanaan Tuhan Semesta Alam. Mungkin golongan yang kesempitan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi "Malim Kundang". Malah kita miskin jarang tidak kita ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal. Ada masa untuk berzikir bersama kawan. Berbual mesra. Bertanya khabar.
Waktu untuk bersama keluarga tidak pernah kesempitan. Keluarga menjadi cukup mesra .Bila perniagaan kita belummaju ada masa untuk berjuma dengan kawan serta menziarahi sanak saudara .Masa untuk berbual dengan jiran sentiasa ada.
Bukan kah kita mula bertegang leher apabila organisasi mempunyai dana yang cukup besar. .Sering bertengkar sesama sendiri.Mula ada sifat curiga mencurigai.Fitnah sudah mulai menjalar kesegenap pelusuk hati.Bisikan syaitan memakin menjadi ikutan. Rasuah semakin menjadi-jadi kerana gin menjadi jutawan dan hidup senang lenang.
Orang soleh tergelincir kerana kesempitan lalu menjadi orang salah.Ketika rezeki melimpah ruah waktu untuk beribadat semakin tiada. Solatpun jarang-jarang.Malah sudah berani melakukan maksiat.Simpan perempuan jalang buat melempias nafsu berahi. Tidak lagi segan untuk minum minuman keras! Malah semacam suatu kebanggaan.
Ketika menjadi mahasiswa daya juangnya cukup tinggi. Dia menjadi aktivis yang terkenal. Suaranyacukup lantangIa sanggup tidur dimesjid kerana kesempitan wang. Di mesjid ia menghabiskan sebahagian malamberzikir dan bertahajud.Tetapi setelah tamat pengajian dan berjawatan besar sebahagian besar malamnya dihabis di kelab malam menari,minum danberpesta.Tidak ada zikir munajat dan bertahajud lagi!
Ketika menjadi aktivis kampus suaranya lantang memperkatakan kidakadilan pemerintah Rakyat miskin dan tertindas menjadi agenda utamanya .Istilah proletar sentiasa bermain dibibirnya.Golongan kapitalis keparat seniasa keluar daripada ucapannya.