Sunday, November 30, 2008

Sepetang Bersama CEO PRM GLOBAL VISION SDN.BHD.

Oleh Shakir Md Taha

Ahad,30 November,2008.Cuaca cantik.
Seminar diHotel Sri Malaysia.
Bilik seminar yang boleh menampung kira-kira 100 orang penuh petang itu.

Dalam surat undangan majlis bermula pukul 2.00 petang.
Dewan belum penuh.
Penceramah pertama sudah tiba.
Berkopiah putih.
Berkot hitam
Janggut lebat panjang hitam.
Tapi dia bukanlah CEO yang dinantikan.
Ceramahnya mulanya agak serious tapi menarik.
Tapi dipenghujungnya disulam dengan lawak jenaka.

Jam tangan di belum letih lagi
CEO belum tiba lagi.
Sudah jam 4.00 petang.

Juruacara majlis,
"Dato dalam perjalanan."
Hadirin lega.
Walaupun yang ditunggu belum tiba.

4.10 petang CEO yang dinantikan tiba.
Beliau memberikan ucapan dengan didahului ayat-ayat suci Al-Quran
Tokoh yang sebelumnya sewaktu berucap menggunakan komputer sebagai alat bantu.
Tapi beliau lebih selesa menggunakan guntingan surat khabar lama sebagai bahan sokongan
sewaktu berpidato.

Bagi Dato'Hashim siapa sahaja jika diberi peluang boleh berjaya.
Ini keyakinan yang beliau pegang sungguh-sungguh.
Keyakinan inilah yang beliau pegang sedari dulu hingga kini.

Bicara Dato'Hashim tentang lebah cukup menarik
1.Lebah tidak akan bertuankan bangsa lain.
2.Lebah makhluk Tuhan yang cukup berani.
3.Lebah makhluk yang cukup tekun.
4.Lebah disebut didalam Al -Quran

Oleh Shakir Md Taha

1 comment:

Lin said...

Kami dah cuba sedaya upaya ingin buat yang terbaik. Semoga cikgu shakir mendapat manfaat yang baik dari program seminar anjuran Lin & Siti. Terima kasih kerana sudi hadir.