Thursday, March 3, 2011

Sepasang Merpati Sejoli

Masa remaja hidup penuh pancaroba. Aku membuka lembaran lama Maktab Gaya Kota Kinabalu. Nama yang tidak lupus dari ingatanku. Nama yang amat keramat ini tersemat didada hingga kiamat.

Demikian juga dengan merpati sejoli yang masih Aku ingat namanya. Ingat wajahnya. Masa berlalu.Esok menanti. Khabarnya masih hidup di alam buana ini. Tapi yang Aku tidak tahu adakah mereka ini hidup bahagia. Adakah mereka beranak dan bahagia. Sehingga kini Aku hanya menemui seorang saja. Itupun dipinggiran waktu. Seorang lagi dari pasangan ini tidak Aku temui. Aku pernah sekali berbicara dengan dia tetapi dia tidak mengenali Aku. Aku tidak menyalahkan dia kerana tidak ingat atau mengenali Aku. Masa 30 tahun telah memisahkan kami. Masa terlalu dan esok menanti?

Tapi Aku masih ingat kisahnya 'dijerkah' oleh anjing yang berkeliaran di maktab. Dia menangis dan meracau. Pujuk oleh sang 'kekasih'' Tidak menjadi . Pujuk rayu tidak menjadi. Terus menangis lagi macam anak kecil. Malam. Malam sudah merangkak tua. Matanya masih menyala. Menangis lagi Si Manjnun ini. Menangis macam anak kecil kelaparan susu. Tapi sang 'kekasih' tetap setia menanti ditengah malam yang meningkat tua. Aku hanya melihat dari jauh drama sebabak ini kerana suara tangisan ini telah memecah kesunyian malam. Ketenangan malam telah dikocak. Tidur tadi yang dibuai mimpi indah terganggu dan terputus.. Apapun biarlah ku tiduri malam ini kerana mata sudah dikucup ngantuk. Besok ada kuliah.

Khabarnya lelaki itu lari luar dari bilik. Dia berlari kencang. Seperti kuda ditempat lumba kuda. tempat lumba kuda di Tanjung Aru. Tapi Aku hanya mengekori dengan mata sahaja. Aku fikir biarlah dia berlari. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Tiba-tiba dia disergah oleh sekor anjing yang bermalam ditepi dewan. Lalu berlari lintang pukanglah Si Romeo ini dengan penuh ketakutan. Hilang lenyaplah semangat kejantanannya pada malam itu! Maka tertawalah segala pohon kayu yang ada di situ. Kucingpun terbatuk. Dan pohon bamboo kuning itu menyaksikan segala aksi tari malam itu. Pohon bamboo kuning itu sebagai saksi dan sebagai penyimpan segala rahsia dan gerak tari makhluk yang bernama guru pelatih.

No comments: