
Wednesday, March 31, 2010
Wednesday, March 3, 2010
Kekejaman Dan Kezaliman

Akhirnya teori besar ini ditolak pada tahun 1986 di Seville. Para ilmuan menolak teori ini setelah menanda tangan isatu deklarasi. Melakukan kezaliman bukanlah suatu yang diprogramkan atau berpunca daripada daripada genetik. Ini semua berlaku kerana "jiwanya sakit". Para pengkaji telah meneliti dan menemukan bahawa penyebab utama perbuatan zalim bukan kerana faktor genetik atau fikiran yang sewel tetapi kerana hilangnya kemampuan untuk berempati perasaan orang lain.
Ketika Anda melakukan kezaliman, menyakitihati orang, anda tidak merasa apa-apa. Anda tidak merasa kepedihan orang yang dizalimi. Dan anda juga menduga bahawa orangyang dizalimi merintih kerana kehilangan haknya. Anda merasa ini adalah suatu "keuntungan". Tidakkah Anda terfikir dunia ini ada pemiliknya. Anda adalah Khalifahnya. Bila hari akhirat nanti, di Padang Mahsyar ternyata keuntungan yang anda perolehi di dunia merupakan kerugian besar .Di sana anda akan merasakan kesengsaraan,kepedihan,kepayahan dengan menanggalkan hasilkerja anda didunia kepada mereka yang dizalimi. Maka pada saat itu Anda mula menggerti erti empati. Sayangnya Anda sudah berlambat! Pintu taubat sudah tertutup buat selama-lamanya!
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)