Wednesday, March 9, 2011

Nanaman Osman- Peminat No. 1 P.Ramlee

Nanaman Osman menunjukkan koleksi gambar Allahyarham P.Ramlee
Nanaman mempunyai lebih daripada 100 buah koleksi tentang Seniman Agung
Guntingan akhbar yang diusahakan oleh Nanaman Osman

Nanaman Osman peminat nombor satu Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee tidak pernah lepas daripada ingatan. Siang dan malam P.Ramlee tidak lupus dari ingatannya. Tetap menjadi ingatan walaupun orang lain sudah melupai P.Ramlee. P. Ramlee tetap menjadi pujaannya siang dan malam walaupun P.Ramlee sudah tiada di dunia. Tapi bagi Nanaman P. Ramlee tetap hidup segar dalam ingatannya. Tidak pernah mati. Yang mati hanyalah jasadnya. Bagi Nanaman Osman hanya ada satu sahaja P. Ramlee di dunia ini. Kata pujangga Melayu,patah tumbuh hilang berganti. Tapi bagi Nanaman Osman patah tumbuh itu tidak sama. Yang hilang berganti tetap tidak sama.

Semua tulisan tentang P. Ramlee , Nanaman dapatkan daripada pelbagai sumber. Kenaykan sumbernya daripada surat khabar. Walaupun Nanaman jarang membaca akhbar tapi pihak pengedar surat khabar atau majalah pasti akan menyimpannya untuk Nanaman Osman. Nanaman pasti membeli surat khabar atau majalah yang memuatkan cerita tentang seniman pujaannya. Tidak ada siapa yang menyuruh atau menggalakan Nanaman Osman berbuat demikian. Beliau berbuat kerana sayang dan kasihnya kepada Seniman Agung P. Ramlee.

Beliau membuat kerja koleksi ini dengan mengeluarkan wang dari sakunya sendiri. Tidak ada siapa-siapa yang memberikan sumbangan dana kepadanya. Semuanya atas minatnya dan kasih yang mendalam terhadap P. Ramlee. Beliau sanggup melakukan ini semua. Itulah dia MOHD KHIR BIN ABDUL HAMID atau lebih dikenali dengan nama glamornya NANAMAN OSMAN

OLEH SHAKIR TAHA

Tun Razak BUKAN Pengasas Felda

Tun Razak BUKAN Pengasas Felda

Walau Digantung Semangat Waja Anwar Tetap Membara Di Parlimen

Walau Digantung Semangat Waja Anwar Tetap Membara Di Parlimen

Thursday, March 3, 2011

Sepasang Merpati Sejoli

Masa remaja hidup penuh pancaroba. Aku membuka lembaran lama Maktab Gaya Kota Kinabalu. Nama yang tidak lupus dari ingatanku. Nama yang amat keramat ini tersemat didada hingga kiamat.

Demikian juga dengan merpati sejoli yang masih Aku ingat namanya. Ingat wajahnya. Masa berlalu.Esok menanti. Khabarnya masih hidup di alam buana ini. Tapi yang Aku tidak tahu adakah mereka ini hidup bahagia. Adakah mereka beranak dan bahagia. Sehingga kini Aku hanya menemui seorang saja. Itupun dipinggiran waktu. Seorang lagi dari pasangan ini tidak Aku temui. Aku pernah sekali berbicara dengan dia tetapi dia tidak mengenali Aku. Aku tidak menyalahkan dia kerana tidak ingat atau mengenali Aku. Masa 30 tahun telah memisahkan kami. Masa terlalu dan esok menanti?

Tapi Aku masih ingat kisahnya 'dijerkah' oleh anjing yang berkeliaran di maktab. Dia menangis dan meracau. Pujuk oleh sang 'kekasih'' Tidak menjadi . Pujuk rayu tidak menjadi. Terus menangis lagi macam anak kecil. Malam. Malam sudah merangkak tua. Matanya masih menyala. Menangis lagi Si Manjnun ini. Menangis macam anak kecil kelaparan susu. Tapi sang 'kekasih' tetap setia menanti ditengah malam yang meningkat tua. Aku hanya melihat dari jauh drama sebabak ini kerana suara tangisan ini telah memecah kesunyian malam. Ketenangan malam telah dikocak. Tidur tadi yang dibuai mimpi indah terganggu dan terputus.. Apapun biarlah ku tiduri malam ini kerana mata sudah dikucup ngantuk. Besok ada kuliah.

Khabarnya lelaki itu lari luar dari bilik. Dia berlari kencang. Seperti kuda ditempat lumba kuda. tempat lumba kuda di Tanjung Aru. Tapi Aku hanya mengekori dengan mata sahaja. Aku fikir biarlah dia berlari. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Tiba-tiba dia disergah oleh sekor anjing yang bermalam ditepi dewan. Lalu berlari lintang pukanglah Si Romeo ini dengan penuh ketakutan. Hilang lenyaplah semangat kejantanannya pada malam itu! Maka tertawalah segala pohon kayu yang ada di situ. Kucingpun terbatuk. Dan pohon bamboo kuning itu menyaksikan segala aksi tari malam itu. Pohon bamboo kuning itu sebagai saksi dan sebagai penyimpan segala rahsia dan gerak tari makhluk yang bernama guru pelatih.