Tuesday, February 22, 2011

FATWA BUNUH GADAFFI


Seorang ulama terkenal yang berasal dari Mesir telah memberi fatwa Muammar Gadaffi boleh dibunuh. Beliau berkata demikian dalam satu siaran Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar.

Syeikh Yusof Al Qadhawi telah dilarang memasuki Mesir selama 3 dekad. Kini telah diizinkan kembali ke Mesir.

Tindakan keras Gadaffi dengan menembak para penunjuk perasaan sehingga menyebabkan beratus kematian.

"Barangsiapa di bahagian tentera boleh menembak Gaddafi maka ia harus melakukannya,"kata Syeikh yang terkenal itu melalui siaran Al-Jazeera.
Gaddafi telah memerintah Libya selama empat dekad. Tindakannya mengerahkan jet pejuang
menembak para penunjuk perasaan dalam usaha memadam kebangkitan rakyat telah menimbulkan kemarahan dunia.

Setakat ini 400 orang telah menjadi korban keganasan Gaddafi sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia.

Monday, February 21, 2011

Pondok Ustaz Abu Bakar,Teloi Tua,Sik Kedah


Letaknya dikawasan pedalaman. Kelillingnya ada hutan getah,kelapa sawit dan bukit. Tanahnya subur.

Pelajar yang datang ke sini mempunyai latarbelakang yang pelbagai. Mereka tinggal dipondok. Ada pondok baru dan lama. Pondok baru mempunyai bekalan eletrik dan air bersih. Makan mereka disediakan oleh pihak pengurusan sekolah bayaran RM150.00. Ada juga pelajar senior yang memasak sendiri. Tapi bilangannya tidak ramai. Yuran persekolahan hanya RM20.00 sebulan.

Silibusnya berdasarkan sistem pondok tradisional. Pelajar yang berminat mengambil SPM boleh berbuat demikian tapi sebagai calon persenirian. Pelajar belajar sampai tahap 4 Thanawi.
Mudirnya Ustaz Ismail Mahmud yang juga menantu kepada Allahyarham Ustaz Abu Bakar sangat menekankan penguasai Bahasa Arab dan penguasai tulisan jawi.

Menurut Ustaz Ismail setakat ini pihaknya hanya menerima bantuan daripada orang ramai. Merekalah yang banyak membantu menceriakan sekolah pondok. Beliau sangat-sangat mengalu-alukan sebarang bantuan daripada orang ramai untuk menambahbaik lagi perkembangan pondok pusaka ini.

Makan Tengahari Di Pondok

Beras dimasak menjadi nasi.
Dimasak dengan menggunakan bawah besi.
Kayu api sebagai menjadi gas.
Bukan tidak ada gas.
Sengaja menggunakan kayu api.
Rasanya segap sekali.
Hebat sekali.
Sekali rasa,hendak rasa lagi.
Hidangan panas-panas.
Kami makan 'nasi belasyan',Aku pinjaman istilah Ir.Abd Wahab.
Hari itu Encik Abd. Wahab sebagai ketua 'gerau'
Sedap tidak terkata.
Ditambah dengan kari daging batang pisang.
Cukup menyelerakan.
Sehingga mengilat jari.

Suatu Hari Di Pondok Ustaz Bakar,Bandar Hilir,Sik,Kedah

Hari ini Ir.Abd.Wahab sebagai tukang masak nasi 'belasyan'

Ustaz Ismail Mahmud menerima sumbangan
Bergotong royong. Biar seri wajahnya

Sunday, February 20, 2011

Bergotong Royong

WargaKilang mengambil inisiatif melakukan aktiviti bergotong royong di sekolah pondok Bandar Hilir,Sik,Kedah.WargaKilang turut dibantu oleh mahasiswa Universiti Utara Malayisa,PEMBELA dari Sungai Petani dibawah pimpinan Sdr.Shukri Khamis dan Nusantara Bikers. Program sehari ini cukup meriah sekali. Sarapan pagi disediakan.Ada kuih. Malahan bermacam kuih muih disediakan. Nasi lemak ada.Teh tarek ada. Minuman rozel sejuk disediakan buat penghilang dahaga. Makan tengahari disediakan WargaKilang yang diketuai oleh Ir.Encik Abd. Wahab. Solat berjamaah bersama pemimpin sekolah pondok. Semuanya seperti aur dengan tebing.

SURAU BARU


Inilah surau baru yang digunakan oleh pelajar-pelajar pondok dan masyarakat di sekelilingnya. Menurut Ustaz Alias salah seorang tenaga pengajar di sini, surau ini disumbangkan dan dibina oleh seorang kontraktor Muslim tanpa meminta sesenpun daripada pihak pentadbiran sekolah. Surau ini mampu menampung 300 pelajar. Dan surau ini nantinya dikhaskan untuk pelajar lelaki apabila siap surau perempuan.

Surau ini disiapkan dalam masa 72 hari sahaja oleh kontraktor berkenaan.

ANDA MASIH PUNYA HATI






















Aku menerima email dari seorang pembaca blog ini. Dia cukup sedih dan terharu melihat keadaan fisikal sekolah ini. Katanya dia tinggal di Kuala Lumpur. Dia ingin benar membantu sekolah,lalu meminta no.akaun sekolah. Aku berjanji untuk mendapat no.akaun sekolah pondok.

Bila aku menghubungi Ustaz Ismail Mahmud ternyata beliau tidak keberatan untuk memberikan no.akaun sekolah. Aku tidak tahu berapa sumbangan pembaca itu. Tidak kiralah beberapa. Yang pentingnya ada sumbangan. Kata pepatah Melayu sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Dahulu Ustaz Ismail kerap turun berceramah di Kuala Lumpur. Tapi katanya bila bangunan sekolah sudah siap beliau tidak lagi turun berceramah, Berceramah memerlukan masa,tenaga dan wang ringgit. Pondok memerlukan tenaga dan kepakarannya untuk mendidik. Di sini beliau sebagai Mudir.

Pondok Bandar Hilir Sik ini diasaskan dan ditubuhkan oleh Allahyarhan Ustaz Abu Bakar yang juga bapa mertuanya. Sekolah ini mempunyai 210 orang pelajar lelaki dan perempuan. Sehingga kini sekolah didatangi oleh 50 orang pelajar perempuan dan 160 orang pelajar lelaki. Menurut Ismail pondok ini sangat menekan menguasai Bahasa Arab dan tulisan jawi. Pelajaran yang disedia sehinggalah 4 Thanawi.

Lepasan pondok Bandar Hilir bila pulang ke kampung mereka mampu menjadi imam solat di mesjid ataupun surau. Kemampuan anak didiknya tidak pernah dipertikaiakan. Malah menurut Ustaz Ismail beliau tidak mampu menampung permintaan masyarakat untuk menyediakan imam-imam.