Saturday, February 19, 2011

SEHARI SELEMBAR BENANG DI PONDOK BANDAR HILIR,SIK,KEDAH










Hari ini kita berkumpul di Sekolah Pondok Bandar Hilir Sik Kedah
Kita berkumpul dengan nawaitu yang sama.
Kerana mu Ya Allah.
Dengan tulang empat kerat kami bangunkan kalimah Mu
Di rumah ini lah zikir dialun siang dan malam.
Selagi ada bulan dan mentari.
Biar namaMu sebut siang dan malam.

Dengan rangkuman titik peluh dan kudrat yang ada.
Bergotong royong sehari di sini.
Bersama WargaKilang.
Bersama pelajar Universiti Utara Malaysia.
Bersama PEMBELA.
Bersama Nusantara Bikers.
Mereka tidak mengharapkan apa-apa dari makhluk.
Mereka datang mengharap rahmatMu.
Itu sahaja yang mereka harap dan pinta.
Mereka adalah kumpul anak muda yang sedar tentang derita umat dan luka umat.

Walaupun ada makhluk mengintai dibalik tirai besi.
Mereka tetap istiqamah dengan kerja mereka.
Mereka itu pula dengan kerja yang sia-sia.
Anak muda tidak pernah kenal takut.
Anak muda membawa perubahan.
Dengan tenang sabar kerja dijalankan.
Biarpun sehari selembar benang.
Tiba waktunya akan menjadi kain jua.

Kain dipakai buat solat.
Kain dipakai buat mandi.
Kain dipakai apabila pulang mengadap Ilahi.
Kerana kain adalah kita.
Kerana kain adalah maruah diri.

Biarpun waktu lahirnya kita tidak berkain.


Wassalam

shakirtaha@gmail.com













































Tuesday, February 15, 2011

BEGINILAH YANG ADA-ASRAMA LELAKI SEKOLAH PONDOK TELOI TUA

Aku berkesempatan mengikut program Encik Abdul Wahab ke sekolah pondok Teloi Tua. Nama ini cukup asing bagi Aku. Rasanya inilah kali pertama Aku mendengar nama ini. Encik Abd Wahab seorang Ir. secara profesionnya di sebuah kilang di Pulau Pinang.Aku pernah berguru dengannya dalam bidang masakan dan memproses bahan dari kacang soya. Jadi secara tak langsung dia adalah guru Aku. Dia menjadi ahli NGO. Mereka menamakan pertubuhan ini WARGAKILANG.Ia adalah pertubuhan berdaftar dengan ROS. Dia menceritakan serba sedikit mengenai aktiviti WARGAKILANG. Aku kira aktiviti sebegini cukup baik dan indah sekali. Selalunya aktiviti seperti ini banyak dijalankan pihak misionari Kristian
Seperti kebanyakan sekolah pondok keadaannya menyedihkan sekali. Keadaan fizikalnya cukup menyesakkan dada.Ia hidup dengan penuh keterbatasan. Ada waktunya keadaannya cukup parah sekali. Anda lihatlah sendiri keadaan asrama yang ada. Tanpa katil,tanpa tilam,tanpa kipas buat penyejuk badan ketika bahang mentari mengamuk rasa. Pun begitu dengan berkat doa, anak-anak di sini bisa melelapkan mata. Dan malamnya jauh sekali tidur berpelukkan penghawa dingin. Malamnya bertemankan Sang Nyamuk.

Sekolah pondok digerakan oleh jiwa yang sedar dengan serba keterbatasan. Pun begitu pengasasnya Ustaz Abu Bakar dan pewaris perjuangannya,Ustaz Ismail Mahmud terus membangunkan sebuah harapan. Harapan bagi membentuk generasi penerus yang berpaksikan Islam.

Saya cukup kagum dan bangga dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukan oleh Ustaz Ismail dan rakan-rakannya dalam usaha mentarbiyyah anak didik tanpa mengharapan imbuhan yang tinggi. Mereka bekerja dalam diam di kesunyian hutan getah.

Mereka bekerja tanpa mendabik dada.
Mereka bekerja jauh dari kebisingan kota.
Mereka bekerja jauh dari hiruk piruk slogan-slogan.

Mereka adalah orang yang hebat bekerja dalam kesunyian.
Di sini tenang dan damai. Udaranya nyaman.
Jauh dari kebisingan hiruk piruk kota.
Jauh dari penghargaan.
Mereka berbuat sesuatu atas rasa tanggungjawab.
Dan mereka adalah pahlawan sejati.

Monday, February 14, 2011

SEKOLAH PONDOK DI PEDALAMAN




































Sekolah inilah yang melahirkan ulama'. Namanya sekolah pondok. Biarpun hidup dengan penuh kedhaifan ia merupakan benteng pertahanan umat. Ianya merupakan urat nadi umat Islam dari dahulu sampai sekarang. Jasanya tidak boleh dipertikaikan. Sekolah pondok ini dikendalikan oleh pahlawan sunyi. Hidup mereka ada waktunya ibarat kandil membakar diri menerangi orang lain.

Sekolah pondok ini hidup dengan tenaga pahlawan sunyi dengan bantuan umat Islam yang peka tentang kedhaifannya.

Lihatlah bangunannya. Sedih tanpa warna segar. Luntur lusuh. Pun begitu ada tangan-tangan yang sudi menjamahnya. Biar seri wajahnya. Manis dipandang jauh dan dekat.
Secara fisikalnya bangunan sekolah cukup menyesakkan dada. Pondok(asrama) hanya berdindingkan papan,yang sebahagiannya berlobang-lobang. Bumbungnya dari zink yang sudah tua. Asrama lelaki yang baru dibina serba kekurangan. Tidak ada katil.Mereka hanya tidur di atas tilam dan toto sahaja. Pintu bilik darjah yang dibuat daripada kayu sudah berlubang-lubang di sana sini.Semuanya memerlukan dana yang cukup tinggi.

Sekolah pondok hanyalah sebuah simbol. Simbol perlawanan terhadap 'nasib' yang luka. Simbol penentangan terhadap keterbatasan. Ketika ramai orang menyerah kepada keadaan dan dalam keadaan yang serba terbatas, tampil sebuah badan NGO yang bernama WARGAKILANG bangkit melawan arus keterbatasan ini

Mereka meinfakan sumber pendapatan mereka untuk melawan arus ini. Mereka adalah para ghuraba yang menyahut suara dari Hijaz!

Email: shakirtaha@gmail.com

Thursday, July 8, 2010

Makanan Tambahan SUPPLEMAX PLUS

Kiri, Dextrose Segamen,Supplemax Plus,Warmas.

SUPPLEMAX PLUS
Pertumbesaran tubuh yang sempurna adalah penting dalam menentukan masa depan seseorang. Ia akan memudahkan seseorang itu untuk mencapai cita-cita serta hidupnya.
Selain daripada mengambil makanan seimbang yang memenuhi keperluan nutrisi tubuh, adalah penting juga segala kekurangannya ditambah dengan mengambil makanan-makanan tambahan (supplemen)
YZ Supplemax Plus adalah dirumus untuk memenuhi salah satu keperluan ini terutama dalam pertumbesaran saraf, otot dan tulang belulang.
Kandungan YZ Supplemax Plus:

1. Docosahexaenoic Acid (DHA).

Ia adalah asid lemak omega 3.DHA adalah omega 3 yang paling banyak didapati dalam sperma,otak, dan retina. 50% daripada membrane plasma neuron adalah terdiri daripada DHA.

Kekurangan DHA adalah dikaitkan dengan penurunan kognitif dan dapat meningkatkan kematian sel nuetral.
penurunan kognitif adalah penurunan proses mental terhadap ilmu pengetahuan yang diperolehi termasuk penurunan persepsi,'reasoning',kreativiti,penyelesaian masalah dan kemungkinan intuisi.

DHA juga didapati berkurangan di dalam korteks serebral pesakit yang mengalami kemurungan yang teruk.DHA adalah amat perlu dalam menyempurnakan fungsi otak golongan dewasa dan tumbesaran sistem saraf dan kemampuan visual dalam 6 bulan yang pertama seorang bayi.Tubuh kita ada mengeluarkansecara semulajadi DHA dalam kadar sedikit. Oleh itu,kita perlu mengambil keperluan yang mencukupidaripada diet dan supplemen. Sumber diet adalah daripada ikan sejuk yang berlemak seperti salmon,tuna,mackerel sardine dan lain-lain.

DHA yang digunakan dalam YZ Supplemax Plus adalah daripada sumber ALGAE.

2. Soy Lecithin.

Soy lecithin adalah ekstrak daripada minyak kacang soya dan digunakan sebagai pemekat makanan semulajadi atau penstabil di dalam pelbagai applikasi makanan.

Lecithin menyediakan satu sumber choline yang amat diperlukan oleh setiap sel-sel hidup di dalam tubuh.Ia juga adalah satu komponen penting dan utama membrane sel.

Saintis percaya lecithin dan choline boleh membantu ingatan dan fungi kognitif,kesihatan kardiovaskular,fungsi hati,reproduksi dan pertumbesaran janin dan kecergasan fizikal.

3. Garam Tisu Schuessler.

Di dalam YZ Supplemax Plus garam tisu Schuessler yang digunakan adalah:

Kalium Fosphat:Ia adalah konstituen penting otak,saraf ,otot danjuga sel-sel darah.Disamping itu iadiperlukn untuk pertumbesaran tisu-tisu.Saraf dapat mengekalkan ciri-cirinya yang penting pada suatu jangka masa yg panjang dgn kehadirannya.Kekurangan Kalsium Fosphat ini boleh mengganggu fungsi mental seperti kelemahan ingatan dan fikiran.

Magnesium Fosphat: Ia adalah garam tisu yg terdapat pada otot,saraf,tulang,otak dan sel-sel darah.Kehadirannya amat perlu untuk meningkatkan daya tahan tubuh daripada kelasakkan fizikal dan mental.

Kalsium Fosphat:Ia adalah garam tisu utk nutrisi.Ia merangsang aktiviti-aktiviti sellular yg sihat dan mengekalkan tona kpd organ dan tisu yg lemah.Ia juga membantu pertumbesaran yg normal.Kalsium fosphat juga amat berguna di dalam proses pemulihan daripada apa-apa sakit akut.


Cara Makan

1 tablet, satu atau dua kali sehari.





Wednesday, July 7, 2010

Kawan-kawanku di Sabah

Salim,Suhaindo,Pn Sharina Majimin dan Shakir Taha.Dirakam di Kota Belud
Minum petang di Kota Marudu sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu.

Di Kampung Bongawan,Sabah. Bergambar di surau selepas solat magrib. Berbaju Melayu dan bersongkok hitam Nasir Abdul Ghani dan Bakar Tahir berbaju T-kuning.